Islam mengutamakan
perpaduan dan menyelesaikan masalah secara bijaksana. Bertindak secara
undang-undang rimba tidak akan menyelesaikan masalah. Kalau mengaku pejuang
Islam, ikutlah apa ditetapkan oleh syariah.
Orang ramai memerhati
dari jauh apa dilakukan umat Islam. Imej Islam terjejas jika sesama Islam pun
bergaduh. Mereka boleh merancang dan mengkaji sikap orang Islam yang mudah
terpengaruh dan sanggup bergaduh sesama sendiri kerana perkara remah.
Bagaimana orang Islam
mengaku ingin berjihad menentang penindasan bukan Islam terhadap umat Islam
seluruh dunia, sedang umat Islam Malaysia pun bergaduh sesama sendiri.
Umat Islam tidak
bijak memanfaatkan kelebihan yang dimiliki, sebaliknya mudah terdorong oleh emosi
dan perasaan. Dengan kata-kata lain, nafsu dijadikan pilihan untuk dituruti.
Sementara
kebijaksanaan dan kewarasan diri di kesampingkan, meskipun jelas diketahui
bahawa nafsu hanya sentiasa mendorong kepada kejahatan dan keburukan.
Sikap berlapang dada,
merendah hati, dan memaafkan bukan lagi menjadi keutamaan. Justeru jika
tercetus sesuatu kemelut dalam kalangan kita, tiada penyelesaian yang dapat
ditemukan.
Pilihan kini berada di tangan kita, iaitu sama ada
atas nama persaudaraan, kita dengan rela mengetepikan keangkuhan dan kedegilan
lalu berusaha mencari titik pertemuan dan melakukan pembetulan sikap serta
pendekatan.
Atau membiarkan
sahaja perpecahan terus melebar sehingga sedemikian kita mudah dikuasai pihak
lain lalu akhirnya terpinggir begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment