Sunday, 2 June 2019

SEBAB AIR TUAK MASAM HARAM DIMINUM

Air tuak atau air nira memang mendapat sambutan dari peminatnya. Peminat air tuak sanggup menempuh perjalanan jauh semata-mata ingin mendapat air tuak yang diminati, terutama pada bulan puasa.

Air tuak dihasilkan dari pokok jenis palma. Antara pokok jenis palma yang menghasilkan tuak ialah pokok kelapa, pokok nipah, pokok kabung dan pokok tal.

Terbaru di Kelantan ada penanam pokok kurma berjaya menghasilkan tuak kurma. Permintaan terhadap tuak kurma amat tinggi dan peminatnya sanggup mendapatkan dengan harga yang mahal. Setiap botol isian 250ml dijual RM20 berbanding tuak jenis lain berharga RM5.

Setiap jenis tuak dari jenis pokok berbeza mempunyai keunikan rasa yang berbeza. Bahkan, tuak kelapa yang dihasilkan dari pokok variati berbeza juga mempunyai rasa yang berbeza.

Air tuak diperoleh dari mayang atau tandang mengikut jenis pokok. Contohnya, tuak kelapa diperoleh dari mayang yang belum kembang, manakala tuak nipah diambil dari tandangnya.

Proses mendapatkan tua dipanggil 'nyadat' yang mana bahagian tertentu dipotong dan kemudian air tuak yang menitis akan ditadah menggunakan 'tukil'.

Dahulu, tukil dibuat daripada buluh. Tetapi sekarang ini penggunaan bekas plastik seperti botol minuman menjadi pilihan.

Air tuak sebenarnya tidak boleh disimpan lama, melainkan diletakkan di dalam peti sejuk. Tuak yang dibiarkan lama akan menjadi masam dan jika diminum boleh memabukkan.

Haram bagi orang Islam meminum sesuatu yang memabukkan kerana ia sama dikategorikan sebagai arak.

Air tuak yang telah masam tidak perlu dibuang. Jika disimpan lama, ia akan bertukar menjadi cuka. Setelah bertukar menjadi cuka, hukum haram telah bertukar menjadi harus atau halal digunakan.

Cuka asli dari tuak memang kaya khsiat yang mampu menyembuhkan atau mengawal penyakit berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi dan menurunkan kadar kolesterol.

No comments:

Post a Comment