Lemang
dan rendang menjadi penyeri sambutan Aidilfitri. Tanpa lemang, hidangan
Aidilfitri tidak langkap. Lemang menjadi hidangan wajib setiap kali Aidilfitri.
Namun,
tidak pula dinafikan, sudah ramai tetamu, mahupun tuan rumah sendiri, sekadar
tengok sahaja lemang. Atau sekadar dicubit sedikit untuk ambil rasa atau ambil
hati apabila dipelawa oleh tuan rumah.
Seperti
dikatakan, lemang dan rendang menjadi penyeri. Sedangkan hidangan lain lebih
mendapat perhatian untuk dimakan.
Jadi,
sekarang ini semakin kurang keluarga membuat lemang. Mereka lebih suka
membelinya sekadar untuk menjadi penyeri hidangan di atas meja.
Tambahan
pula, proses membuat lemang memang mencabar. Bukan calang-calang orang sanggup
melalui proses membuat lemang bermula dari mencari buluh hinggalah masak boleh
dimakan.
Buluh
mencari lemang sekarang ini bukan mudah dicari, melainkan mereka yang tinggal
di pedalaman. Untuk mencari buluh lemang kadang-kadang perlu masuk jauh ke
dalam hutan.
Bukan
semua batang buluh sesuai dijadikan batang lemang. Buluh untuk memasak lemang perlu
dari jenis yang nipis dan tidak terlalu tua. Ukur lilitnya juga sederhana. Kalau
besar sangat tu boleh buat meriam buluh.
Bab
memasak atau membakar lemang lagi satu hal. Terpaksa mengambil masa lama dan perlu
sentiasa berada di tempat membakar itu. Kata orang, makan asap dan panaslah.
Sebab
itu, ada orang 'menipu' bakar lemang. Pulut dimasak awal-awal di atas dapur. Lepas
itu baru dimasukkan ke dalam buluh dan kemudian dibakar untuk menampakkan ia dibakar
seperti lazimnya orang membuat lemang.
Cara
ini memang mudah, tetapi rasanya tidak asli lagi. Pun begitu, demi sekadar sebagai
penyeri, rasa asli atau tidak bukan lagi keutamaan.
No comments:
Post a Comment