Air
tuak atau air nira memang mendapat sambutan daripada peminatnya. Peminat air tuak sanggup
menempuh perjalanan jauh semata-mata ingin mendapat air tuak yang diminati, terutama
pada bulan puasa.
Air
tuak dihasilkan dari pokok jenis palma. Antara pokok jenis palma yang menghasilkan
tuak ialah pokok kelapa, pokok nipah, pokok kabung dan pokok tal.
Terbaru
di Kelantan ada penanam pokok kurma berjaya menghasilkan tuak kurma.
Pokok
kelapa sawit termasuk dalam ketegori pokok palma. Namun, belum ada khabar berita
tentang tuak kelapa sawit. Penanam kelapa sawit atau sesiapa sahaja patut mencuba
untuk menghasilkan tuak kelapa sawit.
Ini
bukan cadangan main-main. Kalau
pokok kurma dan jenis pokok palma lain boleh menghasilkan tuak, usaha mendapat tuak
kelapa sawit wajar diusahakan.
No comments:
Post a Comment