Peranan ulama amat besar dalam melaksanakan pelbagai tugas, tidak setakat mengajar hukum agama sahaja. Dalam menangani perselisihan faham membabitkan pemimpin atau ahli politik, sewajarnya golongan ulama tampil bagi menjernihkan kekusutan yang berlaku. Kedudukan dan peranan ulama amat dihormati. Ulama juga mempunyai peranan besar dalam hal urusan pentadbiran.
Umat Islam diseru supaya mengetepikan sebarang perbalahan dan permusuhan. Perpecahan merugikan umat Islam. Perpecahan membawa kepada kemusnahan. Umat Islam hilang kekuatan disebabkan berpecah sesama sendiri. Peluang untuk berjaya tertutup terus. Akibatnya umat Islam terus ketinggalan dan ditindas.
Imam al-Ghazali memainkan
peranan besar dalam mendamaikan konflik pentadbiran dan kekacauan politik yang
berlaku dalam masa pemerintahan Bani Saljuk menerusi nasihat politik yang
didokumentasikan dalam kitabnya, al Tibr al-Masbuk fii Nashihat al-Muluk.
Justeru, amat dialu-alukan sekiranya
golongan ulama atau mufti memainkan peranan sebagai pendamai pihak-pihak yang
bertelingkah. Malang sekali, ada pihak hanya menerima pandangan ulama jika
menyokong apa yang dilakukan atau kelompok mereka saja.
Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya
Ulumuddin menjelaskan bahawa krisis penguasa sebenarnya adalah berpunca
daripada krisis ulama.
Beliau mengatakan: “Sesungguhnya, kerosakan
rakyat disebabkan oleh kerosakan para penguasanya, dan kerosakan penguasa
disebabkan kerosakan ulama dan kerosakan ulama disebabkan oleh kerosakan cinta
harta dan kedudukan, dan sesiapa dikuasai oleh cita-cita duniawi ia tidak akan
mampu mengurus rakyat kecil. Allah-lah tempat meminta segala persoalan.” (Ihya
Ulumuddin, Juz II, hal. 381).
Penglibatan golongan ulama mesti sebagai
pendamai, bukannya turut sebagai pemecahbelah. Golongan ulama berkenaan sendiri
masuk dalam politik dan sudah tentu akan menyokong parti politik yang disertai.
Dal hal ini, mereka sendiri selayaknya dipanggil pemimpin dan bukan lagi maksud ulama yang diharapkan menjadi penasihat kepada pemimpin.
Dal hal ini, mereka sendiri selayaknya dipanggil pemimpin dan bukan lagi maksud ulama yang diharapkan menjadi penasihat kepada pemimpin.
Sebagai golongan yang dihormati dan
dipandang tinggi dalam sebuah negara Islam, ulama yang berpolitik menyebabkan
kata-kata mereka ditakrif sebagai ahli politik oleh setengah pihak dan pihak
lain pula menganggap sebagai ulama.
Keadaan ini dapat dilihat apabila ulama yang berpolitik sering mengikut keputusan parti politik yang disertai atau disokong, berbanding menggunakan hujah agama dalam membincangkan sesuatu isu.
Keadaan ini dapat dilihat apabila ulama yang berpolitik sering mengikut keputusan parti politik yang disertai atau disokong, berbanding menggunakan hujah agama dalam membincangkan sesuatu isu.
Pada zaman al-Ghazali, ulama memainkan
peranan yang cukup besar bagi memastikan penguasa tidak menyalahgunakan kuasa
dengan sewenang-wenangnya.
Nabi Muhammad SAW bersabda: ”Sebaik-baik
syuhada’ (mati syahid) adalah Hamzah Abd. al-Muthalib, kemudian orang yang
berdiri di hadapan imam lalu memerintahnya (berbuat maruf) dan mencegahnya
(dari berbuat yang mungkar) kerana Allah, lalu ia terbunuh untuk itu”.
Institusi ulama belum berjalan dengan baik
dan berkesan kerana segelintir ulama lebih cenderung untuk berpolitik serta
membentuk gaya kepimpinan yang eksklusif, berada dalam kelompoknya dan hidup
secara berasingan.
Apabila ada ulama yang berdampingan dengan
pemimpin yang berkuasa, ulama berkenaan dikaitkan pula dengan istilah ulama
suu’, ulama yang boleh dibeli dan tidak membuat penilaian secara berilmu.
Tuduhan sedemikian menyebabkan jarak antara
ulama dan umara menjadi renggang, maka sebagai pemimpin yang berkuasa, jarak
tersebut perlu didekatkan melalui program-program tertentu.
Kegagalan ulama dalam menjernihkan
persoalan atau krisis yang berbangkit sesungguhnya akan mencetuskan persoalan
mengenai kewibawaan ulama itu sendiri.
Para ulama yang menyokong parti-parti
politik ini akan menegakkan perjuangan politik masing-masing melalui tindakan
memutar-belitkan ayat-ayat al Quran supaya umat Islam terpengaruh dengan
menyokong mereka.
Akibatnya, umat Islam yang selama ini
mengharapkan peranan ulama untuk menjadi titik penamat terhadap konflik antara
mereka menjadi semakin berkecamuk.
Sememangnya kita tidak pasti sehingga
bilakah sikap taksub kelompok ulama yang terlibat dalam politik terhadap parti
atau pemimpin mereka akan berterusan.
Tetapi di dalam Islam sudah dinyatakan dengan jelas antara ulama sejati (ulama khoir) yang berakhlak mulia dengan ulama su' iaitu ulama yang berakhlak buruk.
Kitakan Islam. Amalkan apa yang disuruh Allah
SWT dan menjauhkan apa yang dilarang.
No comments:
Post a Comment