Ramai ingin berniaga, namun tidak pasti jenis perniagaan ingin diceburi, selain masalah modal. Dicadangkan, elok pilih
perniagaan yang biasa orang buat. Biarpun
banyak persaingan, itu tanda perniagaan mendapat sambutan dan mudah mendapat
pelanggan. Yang penting bersedia membuat inovasi atau sesuatu dapat menarik pelanggan.
Bagaimanpun, buatlah kajian tentang potensi pelanggan, jangan pula penjual lebih ramai daripada pembeli. Kedudukan lokasi juga penting diambilkira untuk memajukan perniagaan.
Bagaimanpun, buatlah kajian tentang potensi pelanggan, jangan pula penjual lebih ramai daripada pembeli. Kedudukan lokasi juga penting diambilkira untuk memajukan perniagaan.
Terdapat kelebihan memilih perniagaan yang biasa:
- Peratusan untuk berjaya lebih
tinggi. Kajian menunjukkan mereka yang pilih perniagaan yang orang
lain telah buat berkemungkinan berjaya sebayak 80%. Maknannya dalam 10 orang
yang mulakan perniagaan sebegitu, 8 daripada mereka berjaya.
- Kebarangkalian untuk gagal
dengan buat benda baru adalah tinggi. Kajian menunjukkan peratusan
untuk gagal dengan pilih perniagaan baru dan tak pernah orang lain buat adalah
80%. Maknanya dalam 10 yang pilih perniagaan luar kebiasaan, akan ada 8 orang
yang gagal. hanya 2 yang akan berjaya.
- Pilihan selamat.
Siapa yang suka mengambil risiko untuk gagal yang tinggi? Jalan selamat adalah
mengambil risiko kegagalan yang rendah. Jadi sebagai orang biasa eloklah pilih
perniagaan yang dah biasa orang buat. Melainkan anda jenis Indiana Jones yang
sukakan cabaran, anda boleh ambil jalan susah.
- Jenis perniagaan biasa pasti
ada pembeli. Jika sesuatu perniagaan tersebut ramai yang dah
lakukan. Maknanya ada pembeli yang pasti. kalau tidak tak akan ada yang
meneruskannya. Tambahan pula jika perniagaan tersebut sudah lama bertapak ia
menunjukkan itu jenis perniagaan yang ada potensi untuk hidup.
- Sudah ada contoh untuk kita
tiru dan perbaiki. Memandangkan ramai pilih perniagaan itu dan dah
lakukannya, kita ada contoh nyata yang boleh kita jadikan ikutan. Tak payahlah
memerah otak untuk mereka satu sistem atau program perniagaan yang tidak pasti
kejayaannya. Kita hanya perlu menjadi lebih bagus sedikit sahaja daripada
mereka yang telah memulakan perniagaan tersebut. Untuk menjadi pelari nombor
satu dunia, kita hanya perlu lebih pantas 0.1 saat saja dari Usain Bolt, tak
perlu lebih daripada itu.
- Perniagagan baru hanya sesuai
untuk mereka yang sudah berniaga besar dan punyai sumber kewangan yang banyak.
Mencuba dan pilih perniagaan baru adalah kerja R&D dan itu adalah kerja
yang belum pasti berjaya dan memerlukan wang yang banyak. Jadi terbukti mereka
yang baru nak menapak berniaga masih tidaak layak untuk buat cubaan begitu.
No comments:
Post a Comment