Friday 20 January 2017

Daulat Islam menjadi hala tuju mengurus negara

Mendaulatkan Islam dalam urusan pemerintahan dilakukan berdasarkan hukum Islam sepertimana terkandung di dalam al-Quran, al-Sunah, kias dan sumber hukum lain yang diterima dalam Islam. 

Perlaksanaan hukum Islam penting kerana satu perintah daripada Allah SWT sepertimana firman dalam surah al-Nisa, ayat 105 yang bermaksud: 

“Sesungguhnya Kami menurunkan kepdamu (wahai Muhammad) kitab (al-Quran dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tujukkan kepdamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.”

Hukum Islam sebenarnya bukan hanya dalam bentuk hukum semata-mata, tetapi merangkumi semua aspek perlaksaan seperti cara pemerintahan, urusan muamalat, munakahat, ekomomi, politik dan sebagainya berkaitan kehidupan manusia bermasyarakat dan melaksanakan tugas sebagai khalifah.  

Perlaksanaan hukum dalam melaksanakan hukum atas kesalahan seperti yang ditetapkan Islam termaktub dalam bentuk hudud, qisas, diyat dan takzir berdasarkan bentuk-bentuk kesalahan dan cara pembuktian serta perlaksanaan.

Contohnya, perlaksanaan hudud dipindahkan kepada takzir sekiranya tidak memenuhi syarat ditetapkan seperti saksi dan hal-hal lain yang berkaitan.

Manusia perlu mematuhi peraturan ditetapkan Allah SWT sesuai dengan kedudukan sebagai hamba-Nya yang tidak dibeza-bezakan dari segi jantina, warna kulit, kaum dan taraf kehidupan.  

Sesungguhnya semua manusia dipandang sama di sisi Allah SWT melainkan yang membezakan ialah tahap ketakwaan. 

Sesungguhnya manusia tidak mampu untuk melakukan tugas sebagai khalifah sekiranya tidak ada panduan diberikan oleh Allah SWT dan panduan daripada Rasulullah SAW. Maka itu, adalah perlu bagi pemimpin dan rakyat di negara Islam mendaulatkan hukum Islam. 

Tidak ertinya digelarkan sebagai negara Islam sedangkan ia ditadbir dan kehidupan rakyatnya tidak mencerminkan ciri-ciri Islam.

Imam al-Mawardi menuturkan sebuah riwayat dari Nabi SAW bahwa baginda pernah bersabda, “Semua hal yang ada di dalam Darul Islam menjadi terlarang (terpelihara), sedangkan semua hal yang ada di dalam dâr asy-syirk telah dihalalkan.”

Maksudnya, semua orang yang hidup di dalam negara Islam, harta dan darahnya terpelihara. Harta penduduk negara Islam tidak boleh dirampas, darahnya juga tidak boleh ditumpahkan tanpa ada alasan yang syarie.  

Sebaliknya, penduduk negara kufur, maka harta dan darahnya tidak terpelihara, kecuali ada alasan syarie yang mewajibkan kaum muslim melindungi harta dan darahnya.

Di Malaysia hari ini kedudukan Islam melalui perlaksanaan syariatnya terjamin melalui peruntukan Perlembagaan Negara dalam Perkara 3 yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan yang memberi banyak kelebihan dalam perlaksanaan sisterm pemerintahan negara.

No comments:

Post a Comment