Manusia dipertanggungjawabkan
untuk menjaga alam sekitar agar berada dalam keadaan semulajadi, selamat dan
sesuai untuk didiami manusia, flora dan fauna. Tanggungjawab itu terangkum
dalam misi tugas sebagai khalifah. Setiap apa yang dilakukan terhadap
alam sekitar mempunyai kaitan langsung dengan amanah ini.
Bumi atau alam ini amat
sensitif kepada perbuatan manusia. Allah memberi peringatan sikap manusia
telah melakukan kerosakan di muka bumi ini akibat kerakusan dan amalan
mendustakan nikmat dianugerahkan Allah.
Firman Allah: “Telah kelihatan
kerosakan di darat dan di laut, disebabkan usaha tangan manusia, kerana Tuhan
hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka,
supaya mereka kembali.” (Surah ar-Rum, ayat 41).
Masalah
pemanasan global yang dialami sekarang ini tidak boleh dipandang mudah. Usaha
pemulihan segera perlu dilakukan untuk mengelak kesan buruk menjadi semakin
serius. Jika dunia mengalami kesan panas secara berterusan,
dikhuatiri dalam tempoh 10 tahun akan datang beberapa buah negara pulau
dijangka akan tenggelam kerana peningkatan paras air laut akibat pencairan ais
di kutub.
Malaysia
biarpun bukan menjadi penyumbang utama kepada fenomena pemanasan global, tetap
menyatakan komitmen untuk turut sama memainkan peranan dan usaha untuk
mengatasi masalah itu demi untuk kepentingan sejagat.
Pengurusan
teknologi hijau secara berkesan adalah antara yang dilakukan oleh kerajaan
untuk mengurangkan kesan pemanasan global. Bahkan kerajaan telah
menubuhkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang antara lain
berperanan 'mengurus' teknologi hujau.
Teknologi
hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Teknologi
hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria
meminimumkan degrasi kualiti persekitaran. Kriteria lain turut
menekankan kepada pembebasan gas rumah hijau (GHG) yang rendah atau sifar.
GHG selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. Selain itu ia menjimatkan tenaga dan sumber asli, serta menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
GHG selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. Selain itu ia menjimatkan tenaga dan sumber asli, serta menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Pengurusan
hijau yang mampan mampu memberi kesan positif dalam usaha melestarikan alam
sekitar agar ia terus selamat di diami oleh manusia dan makhluk
lain.
Menjaga
alam sekitar adalah sebahagian tugas manusia sebagai khalifah dan ia termasuk
dalam amalan yang mendatangkan pahala untuk dibawa ke alam akhirat.
No comments:
Post a Comment