Friday, 20 January 2017

Makan sedikit cara ubati penyakit

Kajian perubatan mendapati makan banyak punca penyakit. Maka lojiknya, makan sedikit menjadi ubat penyakit. Keadaan sedikit lapar dikatakan proses merawat penyakit dan pencegahan paling mujarab. 

Khalifah ar-Rasyid pernah menghimpun beberapa pakar perubatan dan mencari apakah ubat yang tidak ada kesan buruk langsung.

Ada beberapa jawapan seperti air suam, kurma dan sebagainya. Tetapi telah ditolak oleh seorang yang paling banyak ilmu di kalangan mereka dengan jawapan yang bernas dan diterima oleh pakar yang lain.

Maka yang lain pun bertanya kepadanya apakah jawapan yang sebenar. Maka dia menjawab: "Ubat yang tidak ada kesan buruk di sisiku adalah janganlah engkau makan melainkan setelah benar-benar lapar dan selesai makan dalam keadaan engkau masih ingin makan lagi (iaitu makan sedikit sahaja)."

Maksud lapar yang terpuji di sini adalah yang adalah lapar sedikit yang tidak membawa penyakit. Adapun lapar yang boleh membawa penyakit adalah dilarang. 

Dalam lapar ada ratusan faedah dan manfaat. Selain menyehatkan secara fizikal, lapar juga menyembuhkan penyakit-penyakit jiwa dan membersihkan kotoran-kotoran batin.

Al-Ghazali dengan sangat mengagumkan menunjukkan ketiga manfaat itu, iaitu fizikal, psikologi dan spiritual. Secara fizikal, kata Al-Ghaali, puasa menyehatkan tubuh dan menolak penyakit. 

Pernyataan Al-Ghazali ini, yang didasarkan pada sabda Nabi SAW, dibuktikan dalam kedoktoran modern.

Berikut hasil penelitian mutakhir tentang manfaat puasa bagi kesihatan. Manfaat pertama puasa ialah membersihkan tubuh dari racun. 

Puasa adalah teknik detoksifikasi yang paling murah dan paling efektif. Detoksifikasi adalah proses mengeluarkan atau mentralkan racun dalam tubuh (toksin) melalui usus, hati, ginjal, paru-paru dan kulit.

Berlapar mampu menjadi penyembuhan semulajasi. Ketika berlapar, tenaga untuk mencerna makanan dialihkan ke metabolisme dan sistem imun. 

Pada saat yang sama, dalam tubuh kita terjadi penguraian protein yang sangat berkesan dan memungkinkan tumbuhnya sel-sel dan organ yang lebih sihat.  

Orang yang berlapar memperoleh manfaat awet muda dan panjang usia. HGH atau the human growth hormone (hormon untuk pertumbuhan manusia) dikeluarkan lebih banyak dalam keadaan berlapar.

No comments:

Post a Comment