Saturday 1 April 2017

Definisi rogol Seksyen 375 Kanun Kesiksaan

Definsi rogol di dalam Seksyen 375 Kanun Kesiksaan.
Seseorang lelaki adalah dikatakan melakukan rogol jika bersetubuhan berlaku;
(a) bertentangan dengan kemahuan perempuan itu;
(b) dengan tiada kerelaan perempuan itu;
(c) dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa keadaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut;
(d) dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dengan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah disisi undang-undang atau yang kepadanya ia akan memberi kerelaan;
(e) dengan kerelaan, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan;
(f) sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu di bawah umur 16 tahun.

No comments:

Post a Comment