Saturday 1 April 2017

Fahaman liberal sokong homoseks

Apabila fahaman liberal diagung-agungkan oleh golongan tertentu, maka akan ada puak atau individu berani menampilkan diri dengan hujah liberal. Mereka cuba mencabar kewarasan umat Islam di Malaysia dan tidak sekali-kali berasa takut kerana yakin ada pihak menyokong tindakan yang dilakukan.

Hakikat ini membawa kepada keberanian individu Islam di Malaysia menempelak masyarakat Melayu yang menolak perhubungan seks songsang sesama jantina sebagai bersifat ‘homophobia’ dan menolak fitrah semulajadi hidupan.

Kenyataan itu menyamakan manusia dengan binatang sedangkan kedudukan manusia jauh lebih mulia dari binatang. Kita diberikan akal fikiran yang waras untuk membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Binatang pula hanya berkisar tentang habitat mereka semata-mata tanpa kelebihan untuk membezakan antara pahala dan dosa.

Individu berkenaan berpendapat pelakuan homoseks boleh dilihat secara universal di hampir kesemua spesis, namun ‘homophobia’ hanya terlihat di satu spesis sahaja – manusia.

"Kita hanyalah satu-satunya spesis yang mampu berfikir bahawa homoseksualiti adalah sesuatu yang bukan bersifat semulajadi, tetapi juga merupakan punca segala jenis kejahatan dan kemusnahan,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, pelakuan seks sumbang sesama jantina adalah normal di kalangan pelbagai jenis hidupan lain, namun homo sapiens seperti NGO-NGO Melayu yang konservatif dan ahli politik mendesak pelaku-pelaku seks sumbang tersebut dihumban di pusat pemulihan dan mahu menghapuskan golongan LGBT daripada negara ini.

“Pelbagai spesis seperti dolfin hidung botol, burung angsa hitam, penguin, lalat buah, dan mawas bonobo memperlihatkan sifat biseksual dan homoseksual. Homo sapien seperti NGO-NGO Melayu konservatif dan beberapa ahli politik mendesak kerajaan mereka untuk menghumban golongan seks sesama jantina di pusat-pusat pemulihan dan menghapuskan LGBT daripada permukaan negara kita,” menurutnya lagi. .

Seperti dijelaskan, keberanian orang Islam di Malaysia melontarkan pandangan yang jauh terpesong itu disebabkan ada gerakan dilakukan pihak tertentu menyokong amalan bertentangan Islam itu.

Paling menyedihkan apabila kumpulan itu mendapat sokongan parti politik tertentu yang melakukannya demi untuk mendapat sokongan politik. Orang Islam perlu tegas menolak mana-mana pihak yang mempromosikan amalan salah bagi mengelak merebak dan merosakkan umat Islam dan rakyat keseluruhannya. 

No comments:

Post a Comment