Perokok tidak peduli, jauh sama sekali takut statistik kematian akibat perbuatan merokok. Perokok tidak kisah mengenai tabiat merokok membawa impak buruk kepada
kesihatan dan tubuh badan seseorang. Perokok tidak takut tentang statistik 10,000 penduduk
negara ini mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan rokok seperti kanser,
angin ahmar dan kardiovaskular.
Berdasarkan kajian, dalam sebatang rokok ada
kira-kira 4,000 jenis bahan beracun yang disedut ke dalam tubuh ketika
seseorang itu merokok. Antara kandungan asap rokok yang memudaratkan dan
membahayakan ialah tar, nikotin dan karbon monoksida.
Baru-baru ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) mengesyorkan supaya cukai rokok dinaikkan 65 peratus daripada harga
runcit rokok dalam usaha mengurangkan tabiat merokok di kalangan masyarakat
dunia yang dilihat semakin meningkat dan menakutkan.
Menurut laporan terbaru WHO, di samping peningkatan
cukai rokok, peningkatan harga rokok sehingga 10 peratus juga diharap
mengurangkan peratusan penggunaan rokok di antara empat dan lapan peratus
setahun.
Usaha ini hendaklah dilaksanakan tanpa sebarang kompromi agar statistik penggunaan rokok dapat dikurangkan segera.
Usaha ini hendaklah dilaksanakan tanpa sebarang kompromi agar statistik penggunaan rokok dapat dikurangkan segera.
Artikel 6 Rangka Kerja Konvensyen Mengenai
Kawalan Tembakau (FCTC) iaitu perjanjian perundangan antarabangsa berdasarkan
kepada bukti saintifik berkaitan kawalan hasil tembakau menunjukkan
keberkesanan langkah dan usaha kerajaan mengurangkan penggunaan rokok di negara
ini melalui strategi serta aplikasi langkah tegas percukaian dan kawalan harga
rokok.
Peningkatan percukaian dan penetapan harga
minimum rokok diyakini dapat mengurangkan serta mengekang permintaan terhadap
bahan beracun dan berbahaya itu terutama di kalangan remaja dan pelajar yang
dilihat semakin ramai terjebak ke dalam kancah penagihan rokok dewasa ini.
Kajian mendapati, seorang daripada setiap dua
lelaki dewasa di negara kita yang berusia antara 25 hingga 64 tahun adalah
perokok.
Jumlah yang direkodkan di negara kita ini
amat tinggi berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Singapura dan
negara Kesatuan Eropah. Di Amerika Syarikat, hanya 35 peratus
penduduknya merokok, manakala di United Kingdom (UK), 38 peratus rakyatnya
merokok.
Di samping itu, di AS, jumlah kematian akibat
barah paru-paru iaitu penyakit utama kesan daripada merokok, meningkat hampir
lima kali ganda dari 1945 hingga 1975.
Menurut statistik WHO pula, jumlah kematian akibat merokok di seluruh dunia dijangka mencapai 10 juta orang pada 2020.
Menurut statistik WHO pula, jumlah kematian akibat merokok di seluruh dunia dijangka mencapai 10 juta orang pada 2020.
Perangkaan ini begitu menggerunkan dan
perokok sedia ada perlu menghentikan aktiviti buruk mereka dengan kadar segera
agar mereka tidak mati sia-sia.
No comments:
Post a Comment