Cara buat tapai pulut tidak sukar seperti difikirkan. Kos
membuatnya juga murah. Namun, mengambil masa yang lama sebelum boleh dimakan
kerana perlu melalui proses peram untuk melayakkan ia menjadi tapai.
Proses
peram selama dua hari dan kemudian perlu dibuka untuk mengelak jadi 'lebu' atau
lembik berair. Perkara sama dilakukan untuk membuat tapai jenis lain seperti
tapai ubi kayu dan jenis-jenis tapai lain.
Cara buat tapai
pulut:
- Masak pulut terlebih dahulu.
- Selepas pulut siap dimasak, ratakan di atas dulang.
- Tunggu pulut sehingga betul-betul sejuk.
- Setelah sejuk, ayakkan (tabur) ragi di serata permukaan
pulut.
- Pastikan guna ragi (yang telah dihancurkan) terbaik dan
dalam keadaan betul-betul kering kering
- Selepas rata, bungkus pulut tersebut di dalam daun pisang.
- Selain daun pisang boleh digantikan dengan daun pokok
getah, plastik atau bekas lain yang sesuai (boleh memanaskan atau peram pulut).
- Pulut yang telah dibungkus diletakkan di dalam bekas.
- Tutup bekas dengan kain dan dibiarkan selama dua hari.
- Sepanjang tempoh dua hari, jangan buka bekas itu.
- Jika dibuka awal, kemungkinan tapai pulut tidak akan
'masak' sekata walaupun ditutup kembali.
- Pulut tapai yang telah masak rasanya manis dan sedikit
berair.
- Pulut tapai boleh dimakan terus atau dicampur dengan ais mesin (sebahagian bahan air batu campur).
- Pulut tapai boleh dimakan terus atau dicampur dengan ais mesin (sebahagian bahan air batu campur).
No comments:
Post a Comment