Friday, 7 July 2017

Jumlah belanja beli telefon pintar

Rakyat Malaysia berbelanja besar untuk membeli telefon pintar. Pemilikan telefon pintar tidak lagi dilihat sebagai barang mewah, tetapi keperluan yang mesti dimiliki semua orang untuk urusan hidup seharian.

Pada tahun 2016, rakyat Malaysia membelanjakan RM6.8 bilion membeli telefon pintar. Statistik itu menunjukkan peningkatan jualan daripada RM5.4 bilion pada 2015, dengan kenaikan terbesar disumbangkan oleh model telefon pintar pertengahan yang berharga di antara RM900 ke RM1,050.

Telefon pintar berjenama dari China merupakan pemacu utama kepada peningkatan permintaan peranti mudah alih tahun lepas, yang mana ia juga mencatatkan jumlah tertinggi jenama telefon pintar baharu memasuki pasaran.

Dengan peningkatan rangkaian mudah alih, pengguna di negara ini sering menggunakan telefon pintar mereka bagi aktiviti seperti membeli-belah dalam talian, media sosial dan pencarian umum dalam internet.

Lebih ramai pengguna hari ini menyumbang kepada peningkatan dagangan mudah alih (m-dagang) di Malaysia, membuat bayaran menerusi peranti mudah alih untuk membeli barangan runcit, tiket penerbangan dan perkhidmatan seperti Grab dan Uber.

No comments:

Post a Comment