Friday 7 July 2017

Program Haji 1MDB

Program Khas Haji Perdana Menteri melalui pembiayaan 1MDB diperkenalkan tahun 2011. 

Program ini memberi manfaat kepada golongan akar umbi seperti imam, bilal, kakitangan kerajaan, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pesara guru telah banyak menyumbang kepada masyarakat tetapi kurang berkemampuan untuk menunaikan haji. 

Bagi Program Khas Haji Perdana Menteri 2017, seramai 1,100 orang dari seluruh negara berpeluang menunaikan ibadah haji musim ini.

Mengikut rekod, seramai 111 orang pada 2011 dan 400 orang (2012), 776 orang (2013), 984 orang (2014), 1,181 orang (2015) dan 1,090 orang pada 2016 berpeluang menunaikan ibadah haji menerusi program berkenaan.

No comments:

Post a Comment