Friday 20 October 2017

Jika pejawat awam dikurangkan

Pejawat awam tonggak melaksanakan dasar dan menyediakan perkhidmatan kepada rakyat. Mereka memikul amanah berkhidmat kepada rakyat dan menjadi imej atau identiti kepada kerajaan.

Kedudukan pejawat awam dipandang tinggi sebagai pelaksana tugas berkhidmat kepada rakyat, menguatkuasakan undang-undang dan melaksanakan dasar kerajaan. Sebab itu, jawatan dalam sektor kerajaan menjadi pilihan banyak orang. Malah ada yang sudah berkhidmat di sektor swasta, jika berpeluang berpindah ke sektor awam, akan memilih untuk bertukar ke jawatan baru biarpun gaji ditawarkan lebih rendah.

Situasi itu membuktikan betapa kerajaan menjaga kebajikan pejawat awam. Majoriti pejawat awam adalah orang Melayu. Justeru, ada pihak tidak senang hati dengan kemudahan dinikmati pejawat awam yang dimonopoli kaum Melayu.

Kerana itu, ada pihak cuba menggugat kedudukan pejawat awam. Pejawat awam dilabelkan pemalas dan merugikan perbelanjaan kerajaan. Juteru, ada pihak bercadang ingin mengurangkan jumlah pejawat awam jika mereka berkuasa mentadbir Malaysia.

Apa yang dilakukan itu adalah tindakan sengaja mahu mensabotaj negara. Jika pejawat awam dikurangkan, maka mutu khidmat kepada rakyat dan pelaksanan dasar kerajaan serta menguatkuasakan undang-undang akan terbatas.

Contohnya, bagaimana hendak menjaga keselamatan negara jika bilangan anggota polis dikurangkan? Mudahlah negara kita dibolosi anasir jahat jika bilangan pegawai imigrasen dikurangkan? Peniaga menjadi raja sesuka hati menaikkan harga jika pegawai penguatkuasa dikecilkan bilangannya.

Begitu jahat niat orang yang ingin mengecilkan bilangan pejawat awam. Apakah agenda sebenar mereka berkata demikian untuk mengecilkan bilangan pejawat awam?

No comments:

Post a Comment