Thursday 2 November 2017

Cara lindungi pelaburan

Instrumen pelaburan yang mendapat sambutan ialah melabur di institusi kewangan atau saham. Pada masa sekarang, orang ramai tidak menghadapi masalah untuk melabur dalam sistem perbankan Islam yang mengamalkan kaedah yang tidak melibatkan sistem riba. 

Penabung atau pendeposit berpeluang mendapat perkongsian untung rugi berdasarkan kepada pengagihan ditetapkan. Malaysia muncul antara petama dan paling sistematik dalam pengurusan sistem perbankan Islam yang diiktiraf oleh negara-negara Islam lain. 

Kerajaan Malaysia melalui penubuhan Perbadanan Nasional Berhad sejak awal tahun 80 an telah membuka peluang untuk golongan bumiputera melabur dalam amanah saham dengan pulangan yang baik dan selamat. Ia diurus secara cekap dan menjadi pengendali saham amanah terbesar dan paling berjaya di negara kita. 

Elak diri terjebak dengan skim simpanan atau pelaburan yang tidak diluluskan kerajaan. Ramai terpengaruh kerana dijanjikan keuntungan yang besar. Akibat sikap tamak dan tidak usul periksa, pelaburan menjadi lebur. 

No comments:

Post a Comment