Thursday, 2 November 2017

SEDEKAH HARTA JADI SUBUR

Institusi sedekah perlu diuruskan dengan baik agar tidak wujud penipuan dan slah guna wang.  Seringkali wujud kes di mana pihak yang tidak berkenaan memunggut sedekah yang didakwa untuk digunakan kepada sesuatu tujuan. Malanyang wang yang dipungut itu digunakan untuk tujuan lain.

Satu lagi yang kerapa berlaku ialah amalan meminta sedekah yang dilihat satu budaya tidak elok.  Golongan miskin menghulur simpati dari golongan kaya.  Keadaan itu tidak patut berlaku jika pengurusan atau bantuan untuk golongan miskin diselaraskan olah badan khas.  Mana-mana yang ingin menyumbang sedekah hendaklah diberikan kepada institusi dan bukan kepada orang perseorangan (yang dipanggil peminta sedekah).

Paling menyedihkan apabila wujud sendikit yang menggunakan kanak-kanak dan orang tua untuk menjadi peminta sedekah.  Menariknya meminta sedekah dianggap satu profesion yang mendatangkan pendatang lumayan. Fenomina ni menyebabkan banyak orang memandang serong kepada peminta sedekah, sedangkan tidak semua mereka menyalahgunakan 'status' peminta sedekah.

Satu cabaran melaksanakan sedekah ialah wujudnya sikap bakhil.  Orang kaya yang bakhil menyangka kekayaan yang dimiliki adalah hak mutlaknya.  Maka dia berhak untuk menyimpan atau membelanjakan sesuaka hati.    

Sebenarnya, di dalam harta oang kaya itu terkandung harta orang miskin yang terdiri sedekah dan zakat.  Biarpun sedekah tidak wajib dan menjadi ihsan pilihan pemilik kekayaan itu, namun atas semangat persaudaraan Islam, hukumnya bertukar wajib jika dengan sebab sedekah itu boleh memberi kesan yang 'mutlak'.  Cotonhnya, wajib bersedekah jika dengan bersedekah itu akan menyelamatkan nyawa. 

Manakala zakat adalah wajib dikeluarkan kepada golongan yang layak menerimanya setelah cukup haul dan nisabnya. Harta yang tidak dikeluarkan zakat berada dalam keadaan kotor dan tidak subur.  Bahagian yang wajib dikeluarkan zakat itu sebenarnya haram digunakan oleh pemilik asalnya.                                                                       

Syaitan sentiasa mendampingi orang bakhil dengan membisikkan rasa kecintaan yang keterlaluan terhadap harta.  Sebab itu si bakhil merasakan orang di sekelilingnya sentiasa ingin merampas harta miliknya. 

Firman-Nya: “Syaitan menakut-nakutkan kamu, kalau-kalau kamu akan menjadi miskin dan menyuruh kamu melakukan kejahatan.” (Surah al-Baqarah, ayat 219). 

Kekayaan hanya mendatangkan manfaat jika dibelanjakan ketika hayat masih ada.  Tidak ada orang membawa kekayaan sehingga ke alam akhirat.  Kekayaan itu perlu digunakan dengan cara bersedekah atau digunakan ke jalan Allah sebagai bekalan di akhirat.

Allah menjadikan golongan kaya dan miskin dengan hikmah-Nya.  Firman Allah: “Dan Allah telah melebihkan sebahagian kami daripada sebahagian yang lain dalam hal rezeki.” (Surah al-Nahl, ayat 71).

No comments:

Post a Comment