Thursday 2 November 2017

Kebaikan memilih takaful

Orang Islam di negara kita masih ramai tidak memahami hukum berkaitan takaful. Ramai berpendapat takaful diasaskan bukan Islam dan bertentangan hukum syarak. Sebab itu, kebanyakan orang Islam tidak menyertai insurans. Memang tidak dinafikan sekarang ini jumlah pencarum dalam insurans semakin meningkat, namun ia jauh lebih kecil berbanding penganut agama lain.

Antara punca peningkatan pencarum insurans di kalangan orang Islam ialah apabila konsep Islam lebih banyak diperkenalkan. Contohnya, perkataan insurans itu telah ditukar kepada takaful. Pertukaran itu bukan bersikap kosmatik atau atas nama semata-mata. Sebaliknya, melalui pendekatan yang diperkenalkan oleh para sarjana ekonomi Islam dan usaha berterusan pihak kerajaan, perjalanan insurans di malaysia melalui trasformasi ke arah mematuhi kehendak syariah. 

Ini terbukti, di setiap institusi penanggung takaful telah menubuh badan syariah masing-masing yang dianggotai pakar hukum Islam dan pakar ekonomi. Sistem takaful di negara kita diiktiraf sebagai terbaik di kalangan negara-negara Islam.

Perkara asas penerimaan takaful adalah bersumberkan kepada apa yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu apa yang diperkenalkan oleh Rasulullah setelah berhijrah ke Madinah dengan mewujudkan ‘aqila’. Setiap orang perlu mencarum untuk satu tabung dinamakan ‘al-Kanz’. 

Berdasarkan konsep tersebut, para ulama telah mengkaji dan menghalusi perjalanan  insurans moden dalam menentukan hukum berdasarkan kaedah am syariat Islam.  

Seorang ulama, Ibn Abidin (1784 - 1836) telah menghurai beberapa perkara berkaitan takaful meliputi makna, konsep dan hukum. Apa yang jelas amalan insurans dilakukan pada zaman Rasulullah banyak memiliki persamaan dengan insurans moden. 

Di antara ulama terkenal berpendapat insurans diharuskan ialah Syaikh Abdul Rahman Isa. Ini berdasarkan insurans ialah suatu kontrak kerelaan dan persetujuan kedua belah pihak. 

Aspek yang turut ditekankan mengharuskan takaful ialah tidak wujud penipuan. Sistem takaful dikendalikan di bawah pengawasan pihak kerajaan dan mematuhi peraturan ditetapkan. Kawalan ini menjamin ia tidak mendatangkan keburukan dan kerugian kepada mana-mana pihak.

Insurans yang mengandungi unsur bercanggah dengan syariat Islam seperti riba, ketidakpastian, ketidakadilan, perjudian, penindasan dan eksplotasi adalah haram. 

Akademi Fikah Pertubuhan Persidangan Islam telah mengeluarkan fatwa bahawa mana-mana insurans yang mempunyai ciri-ciri tersebut adalah haram. Fatwa yang sama telah diiystiharkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada Jun 1972.

Sistem insurans di negara kita adalah di antara paling awal memperkenalkan secara sistematik berdasarkan kehendak Islam. Ia adalah pilihan kepada sistem takaful yang terlebih dahulu memenuhi ciri-ciri ditetapkan syariat Islam.

Sebelum ini, hanya insurans yang mendapat status takaful sahaja dianggap halal. Akta Takaful diperkenalkan di Malaysia bermula tahun1984 yang diluluskan oleh parlimen pada 15 Nov 1984.

Aspek utama ditekankan berkaitan halal ialah akad, persetujuan (perjanjian), pelaburan yang dihalalkan dan mengelak terlibat daripada amalan yang diharamkan oleh Islam seperti riba dan penindasan. 

No comments:

Post a Comment