Sunday, 20 May 2018

ULAMA SEPAKAT HUKUM DERMA DARAH HARUS

Menderma darah disepakati ulama hukumnya harus, yakni boleh dilakukan. Ia berdasarkan kepentingan pemindahan darah yang tanpanya menyebabkan mangsa menghadapi maut atau penyakit tidak sembuh.

Islam menggalakkan amalan tolong menolong, terutama dalam soal yang penting ini. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 2 bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu di atas kebaikan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong-tolongan di atas dosa dan penindasan.

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya diharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging babi dan apa-apa (binatang) yang disembelih untuk selain daripada Allah. Maka barang siapa yang terpaksa sedang dia tidak durhaka dan tidak melampau, maka tidaklah (kena) apa-apa dosa ke atasnya.” - (Surah al-Baqarah, ayat 173).

Allah juga menjelaskan perkara ‘terpaksa’ ini dalam surah al-Anaam ayat 119 bermaksud: “Sedang Dia (Allah) telah jelaskan kepada kamu apa-apa yang diharamkan-Nya ke atas kamu, kecuali apa yang terpaksa….”

Wajar membantu sesama manusia. Darah yang didermakan akan dibantu secara automatik oleh badan. Kita tidak rugi, bahkan beruntungkan kerana menderma darah dapat membantu banyak perkara untuk kebaikan diri sendiri. 

No comments:

Post a Comment