Sunday, 20 May 2018

CARA IJTIHAD KOLEKTIF BUAT KEPUTUSAN

Dalam membuat keputusan perlu dilakukan mengambil pendekatan ijtihad secara kolektif yang membuat pertimbangan mengenai satu-satu isu secara kefahaman holistik yang seiring dengan prinsip dan kaedah syarak. "Berhukum atas sesuatu mesti memperkirakan kefahaman menyeluruh mengenai isu tersebut." (Al-Ghazali, Al-Mustashfa fi usul al-fiqh; 9-11)

Dalam konteks ijtihad, tiada istilah siapa yang betul mahupun salah secara mutlak, sebagaimana hadis Nabi SAW: "Apabila seorang hakim memutuskan sesuatu keputusan, maka dia berijtihad dan ijtihadnya betul, maka baginya dua pahala. Dan apabila dia berijtihad dan keputusannya salah, maka baginya satu pahala."

Seharusnya sebagai umat Islam kita diasuh supaya bertasamuh atau berlapang dada dalam berbeza pandangan apatah lagi dalam hal yang melibatkan perkara-perkara ijtihad yang terbuka luas untuk umat berbeza pandangan. Malah tiada siapa berhak mendakwa pandangan merekalah yang betul dan diterima Allah.

Sebab itulah kita wajar mencontohi akhlak ulama muktabar terdahulu seperti Imam As-Syafie yang menyebut: "Pandanganku benar namun boleh jadi salah, pandangan orang lain salah namun boleh jadi benar."

No comments:

Post a Comment