Tuesday 21 August 2018

Parti politik bukan penentu akidah

Sesungguhnya terdapat perbezaan amat ketara antara Islam dengan parti politik. Jadi tidak mungkin ada parti politik yang dapat berperanan sebagai parti untuk umat Islam. Islam tidak mengasing-asingkan umatnya berdasarkan parti politik. Islam mengajak manusia mementingkan perpaduan dan mengelak persengketaan.      

Allah SWT menurunkan Islam untuk seluruh manusia tanpa mengira batasan geografi, pemerintahan, bangsa dan budaya. Sedangkan parti politik hanya untuk sesiapa yang mendaftar sebagai ahlinya. Keahliannya terbuka kepada penduduk di sesuatu kawasan sahaja. Tidak ada satupun parti politik yang melangkaui kawasan negara, walaupun ada cawangan atau kelab di luar negara.

Semua parti politik terikat kepada perlembagaan yang dibuat oleh manusia. Tetapi, Islam sepenuhnya diturunkan Allah SWT kepada manusia. Manusia tidak terlibat dalam merangka atau menentukan peraturan berkaitan agama. 

Sesungguhnya, tidak akan terjadi apa yang dibuat oleh manusia akan menyamai apa diturunkan Allah SWT. Sebab itu, setiap parti politik mempunyai banyak kelemahan sesuai dengan kekurangan manusia yang menubuhkan parti politik.

Apa yang jelas, perjuangan politik berdasarkan kepada kepentingan parti mengikut matlamat yang ditetapkan. Setiap parti politik mempunyai perlembagaan yang berbeza. Mereka bebas mengubah perlembagaan parti jika mendapat persetujuan majoriti ahli.

Malah, dengan persetujuan ahli, parti politik boleh bergabung dengan parti lain atau mungkin juga dibubar. Perkara ini jauh berbeza dengan Islam yang tidak pernah bergabung dengan mana-mana ajaran atau agama lain.

Sesungguhnya, Islam memperjuangakan kepentingan sejagat. Islam tidak memperjuangan kepentingan kelompok. Islam adalah universal dan hukum yang ditetapkan dalam Islam tidak sekali-kali dapat diubah atau ditukar-tukar mengikut selera kelompok tertentu sahaja. Seluruh umat Islam menggunakan sumber hukum yang sama iaitu dari al-Quran, hadis dan keputusan bersama para ulama.  

Perpaduan Islam menyeru kepada kesatuan dan tidak boleh memulau mana-mana individu Islam. Tetapi amalan parti membolehkan seseorang disekat menjadi ahli atau dibuang menjadi ahli jika tidak mematuhi peraturan parti. 

Peraturan itu samalah seperti melarang individu atau kumpulan lain daripada bersama-sama berjuang menegakkan agama Islam (berdasarkan apa yang didakwa). Sesiapa melarang orang berjuang di jalan Allah SWT, bermakna menentang Allah SWT. 

Jika keislaman ditentukan dengan parti politik, bagaimana nasib orang yang ditolak dan dibuang daripada parti politik Islam? Apakah keislaman ditentukan oleh pemimpin politik? Apakah orang yang tidak menyertai parti Islam bermakna dia tidak Islam? 

Islam ditentukan melalui akidah mempercayai kekuasaan Allah dan mengakui mengakui bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah. Manakala kesempurnaan keislaman apabila melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang ditegah.

Jadi, keislaman tidak ditentukan melalui parti politik atau menyertai mana-mana pertubuhan. Islam itu sendiri telah disediakan sebagai wadah kepada umat Islam untuk melakukan apa sahaja yang dikaitkan dengan Islam.

Jika keislaman ditentukan dengan parti politik, bagaimana nasib orang yang ditolak dan dibuang daripada parti politik Islam? Apakah keislaman ditentukan oleh pemimpin politik? Apakah orang yang tidak menyertai parti Islam bermakna dia tidak Islam? 

Sesungguhnya, Islam memperjuangakan kepentingan sejagat. Islam tidak memperjuangan kepentingan kelompok. Islam adalah universal dan hukum yang ditetapkan dalam Islam tidak sekali-kali dapat diubah atau ditukar-tukar mengikut selera kelompok tertentu sahaja. Seluruh umat Islam menggunakan sumber hukum yang sama iaitu dari al-Quran, hadis dan keputusan bersama para ulama.  

Apa yang ditekankan oleh Rasulullah SAW ialah pemerintahan dalam masyarakat dan negara. Banyak hal kenegaraan dijelaskan untuk membentuk keamanan, kemajuan dan keadilan dalam pemerintahan. 

Sesiapa yang mengikuti kaedah pemerintahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sudah layak dipanggil pemerintah Islam biarpun parti atau negara yang dipimpin itu tidak menggunakan nama 'Islam'.

Tugas pemerintah lebih penting ialah mewujudkan persekitaran yang selamat, aman, kesejahteraan, harmoni, adil, peluang pekerjaan, kemudahan awan dan pendidikan. Pemerintah boleh melaksanakan dasar-dasar Islam tanpa pengiystiharan negara Islam. Sempurnanya Islam bukan atas gelaran atau nama, tetapi berdasarkan apa yang dilakukan dengan niat mematuhi perintah agama dengan melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang ditegah.

Gelaran dan kuasa pemerintah tidak hanya apabila memerintah negara. Kumpulan atau individu memerintah negeri, daerah maupun kampung adalah pemerintah. Mereka mempunyai kuasa dan tanggungjawab berdasarkan kepada bidang tugas masing-masing. Sebab itu,  laksanakan tugas mengikut kuasa dan tanggungjawab tersebut. 

Sesiapa meminta ingin melakukan tugas lebih banyak, sedangkan apa yang diamanahkan belum lagi diselesaikan, samalah dia seperti diceritakan dalam Israk Mikraj yang mengutip lebih banyak kayu untuk dibawa, sedangkan kayu yang ada padanya sudah tidak mampu lagi ditanggung.  

Untuk melakukan kebaikan tidak hanya apabila dikaitkan dengan parti politik Islam. Nama bukan penentu segala-galanya. Bahkan jika kita menggunakan perkataan Islam atas tujuan memperdayakan orang ramai, perbuatan itu amat ditegah. Perbuatan itu disamakan seperti menjual atau melacurkan agama. 

Rasulullah SAW tidak menyebut mengenai penubuhan parti politik Islam. Perkara ini tidak pernah terjadi pada zaman Rasulullah SAW. Justeru, Rasulullah SAW bukanlah pemimpin parti politik Islam. Baginda pemimpin bagi seluruh umat Islam sepanjang zaman.

No comments:

Post a Comment