Jeram Besu merupakan kawasan destinasi
yang menarik di Benta, yang terletak dalam daerah Raub, Pahang. Jeram Besu terletak
di Sungai Lipis dan berada 6km sebelum Bandar Benta, 30km dari Bandar Raub.
Jeram Besu merupakan tempat rekreasi yang dikenali di dalam dan luar negara kerana
ia tempat yang mencabar dan sesuai untuk pelbagai aktiviti lasak seperti
berkhemah, berakit, berkenu, kayak, merentas hutan dan sebagainya.
Selain itu terdapat juga kemudahan
yang disediakan di sini seperti rumah istirehat, kenu, kayak dan sebagainya. Kedudukan
Jeram Besu adalah di tengah-tengah kawasan yang juga berdekatan dengan
kemudahan dan kedai-kedai makan.
Kedudukan
Jeram Besu yang berdekatan dengan jalan utama memudahkan ia dikunjungi. Jadi,
ia sesuai dijadikan tempat berehat sekejap bagi pemandu dari Raub menuju ke
Kuala Lipis atau sebaliknya.
Berhenti
rehat di Jeram Besu memberikan kelegaan dan keselesaan selepas lama dalam
kenderaan. Suasana di situ amat tenang dan menyegarkan. Pemandangan terpesona
melihat aliran air melalui celah-celah batu dan membentuk seperti air terjun
kecil.
Jika
bercadang berhenti lebih lama, bolehlah merasai melalui jambatan gantung
menyeberang sungai untuk ke tebing di sebelah sana. Di seberang sungai kawasan
hutan lebih tenang dan dapat mengenali pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan.
Pusat
Rekreasi Air Jeram Besu atau lebih dikenali sebagai ''Besu Rapids'' bagi
penduduk tempatan di Sungai Lipis merupakan lokasi kegiatan sukan air dan
rekreasi yang terkenal sejak 1990-an.
Kawasan riadah itu pernah menjadi
tuan rumah bagi penganjuran sukan berkenu, perahu getah dan rakit redah jeram peringkat antarabangsa.
Jeram
Besu sering dilawati untuk kegiatan riadah di kalangan penuntut institusi
pengajian tinggi dan pelajar bagi menjalankan aktiviti sukan lasak.
Sungai
Lipis dipenuhi batu-batan dan jeram yang alirannya bermula dari kawasan Dong di
Raub sentiasa memikat pengunjung terutama di kalangan ahli sukan lasak
tempatan dan luar negara.
Aliran
air menuruni batu-batan nampak cantik di lima jeram yang dianggap
mencabar. Jeram Besu merupakan lokasi sukan air yang diwartakan oleh
Kementerian Belia dan Sukan pada 1993.
No comments:
Post a Comment