Di negara kita terdapat banyak gua terutama jenis batu kapur. Gua berkenaan
terbentuk apabila batu kapur mengalami hakisan berterusan beribu-ribu tahun. Ia
meninggalkan dinding, lantai dan bahagian atas gua dari jenis batu pejal.
Bagaimanapun, gua terdapat di Bukit Keluang terbentuk akibat hakisan ombak.
Tanah tanih dan batu lembut lembut terdapat di antara batu-batu pejal terhakis
sedikit demi sedikit akibat hakisan ombak.
Gua di Bukit Keluang menjadi tarikan bagi mereka ingin mengalami pengalaman
berada di dalam gua. Biarpun ia tidak luas seperti gua-gua di tempat lain,
hanya sekadar sebesar bilik darjah, ramai menganggapnya satu pengalaman baru.
Setidak-tidaknya mereka sudah boleh mengaku pernah memasuki gua.
Bunyinya agak remah, tetapi hakikatnya berapa ramaikah di antara kita yang
telah benar-benar memasuki gua, tidak kira kecil atau besar. Gua pernah
dijadikan tempat tinggal masyarakat dahulu kini asing bagi masyarakat moden.
Namun, tidak ramai pengunjung yang mengetahui kewujudan gua berkenaan.
Sebab kedudukan gua itu dipinggir pantai di hujung kaki bukit. Kebanyakan
pengunjung berada di kawasan lain yang lebih selesa dan luas.
Tambahan pula, untuk sampai ke muka atau kawasan gua itu kini sedikit sukar
kerana laluan yang disediakan sebelum ini sudah rosak. Jadi, pengunjung yang
tidak benar-benar ingin sampai ke kawasan itu tidak akan berusaha menempuh
laluan yang sedikit sukar.
Pihak berkuasa disarankan membina atau membaiki semula laluan tersebut
untuk memudahkan pengunjung meninjau kawasan sekitar. Sebenarnya pada awal 80an
dahulu, pengunjung ke Bukit Keluang memang menjadikan kawasan gua tempat
'wajib' sampai.
Tambahan pula, kawasan disediakan untuk pengunjung tidak seluas seperti
sekarang yang terletak sedikit jauh dari kawasan gua. Jadi, kewujudan gua jarang
diketahui oleh pengunjung, lebih-lebih lagi mereka memang tidak berminat untuk
memasuki kawasan gua.
Sebenarnya, berkunjung ke Bukit Keluang bukan sekadar untuk melihat guanya,
tetapi ia sememangnya satu destinasi menarik dilawati bersama keluarga untuk
isterahat dan berkelah.
Pantainya yang bersih, berpasir halus, pemandangan menarik dan tiupan bayu
laut yang menyaman merupakan tarikan utama ke Bukit Keluang selain keistimewaan
gua-guanya.
Sekarang ini, ramai yang berkunjung atau menjadikan Bukit Keluang sebagai
destinasi mendaki bukit. Mereka pergi semata-mata untuk mendaki bukit dan
kemudian pulang.
No comments:
Post a Comment