Malaysia mempunyai banyak pusat
peranginan tanah tinggi. Salah satu yang cukup terkenal ialah Bukit Fraser. Bukit
Fraser terletak di negeri Pahang.
Sejarah pembukaan pusat peranginan
tanah tinggi di Malaysia dimulakan oleh pihak Inggeris. Ketika itu Malaysia masih dijajah oleh Inggeris.
Pemilihan kawasan tanah tinggi
disebabkan suhunya sederhana sejuk yang amat digemari oleh orang Inggeris. Keadaan
tersebut mengingatkan orang Inggeris kepada negara asal mereka. Selain itu
keadaan di tanah tinggi damai dan memberi ketenangan.
Nama Bukit Fraser diabdikan dari
nama seorang tokoh perniagaan dan pengembara Inggeris, Louis James Fraser. Fraser
menjalankan perniagaan pembelian bijih timah yang dilombong di kawasan Banjaran
Titiwangsa pada sekitar antara tahun 1880.
Fraser kerap menggunakan laluan
Kuala Kubu di Selangor melintasi Banjaran Titiwangsa menghubungkan Tras di
Pahang untuk mengangkut hasil perdagangan menggunakan kumpulan keldai. Laluan
itu berhampiran dengan Bukit Fraser sekarang.
Bagaimanapun, satu hari Fraser
hilang tanpa dapat dikesan. Tiada siapa tahu bila, di mana dan mengapa Fraser
tidak ditemui oleh sesiapa pun selepas itu.
Pada tahun 1917, paderi C.J.
Ferguson Davie dan paderi A.B Champion telah bercuti dan menginap di rumah
rehat di Gap (tempat sempadan memisahkan Selangor dan Pahang).
Tujuan mereka ke sana antara lain
bertujuan untuk meninjau tapak baru bagi membina banglo percutian bagi
masyarakat Eropah yang kian bertambah di rantau Asia Tenggara.
Kedua-dua paderi itu kembali ke
Singapura dan mengemukakan laporan kepada pihak pentadbiran Inggeris. Laporan tersebut
antara lain menyebut: “Lebih kurang 5 batu daripada Gap yang terletak di antara
laluan denai Selangor - Pahang (Kuala Kubu - Tras), terdapat satu kawasan bukit
yang sesuai dijadikan kawasan peranginan yang boleh dimajukan dengan cepat,
mudah dan murah.”
Pihak Inggeris mengambil langkah
serta-merta membuat tinjauan teliti tentang potensi kawasan yang dimaksudkan
oleh kedua-dua paderi itu. Kerja-kerja topografi dan pengukuran kawasan
berkenaan selesai dalam tempoh setahun.
Sejurus selepas itu kerja-kerja
pembangunan terus dilakukan. Pada tahun 1925, Bukit Fraser mula dibuka untuk
kunjungan orang ramai secara rasmi oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaya,
Sir George Maxwell.
Ketika majlis perasmian tersebut,
Maxwell antara lain menyebut: “Bukit Fraser akan sentiasa menjadi sebuah pusat
peranginan yang indah dan menarik di Malaya, dan saya yakin beberapa tahun yang
akan datang kita akan lihat beberapa kemajuan dalam pembinaan bangunan-bangunan
di sana.”
Apa yang disebut oleh Maxwell itu
menjadi kenyataan. Kini Bukit Fraser adalah salah satu destinasi percutian
tanah tinggi terkenal di negara kita. Selain keindahan alam semula jadi, Bukit
Fraser terkenal dengan reka bentuk bangunan ala Scotland dan Inggeris yang masih
kekal sehingga sekarang.
Pengunjung dari pantai barat boleh
menggunakan laluan dari Kuala Kubu Baru, Selangor untuk menuju ke Bukit Fraser.
Manakala pengunjung dari pantai timur pula boleh menggunakan laluan dari Tras,
Pahang.
Sebelum terus ke Bukit Fraser,
pengunjung akan menemui Gap (sempadan Selangor - Pahang). Dari Gap itu ke Bukit
Fraser kira-kira 9 km. Pada masa dahulu, laluan dari Gap ke Bukit Fraser hanya
sehala.
Jadi, kenderaan hanya dibenarkan
naik atau turun mengikut masa ditetapkan.
Tempoh untuk mendaki ialah jam angka ganjil. Manakala untuk turun ke Gap pula mengikut jam
genap. Ada pengawal bertugas bagi memastikan
pengunjung mematuhi masa ditetapkan.
Kini
tak perlu tunggu giliran sebab naik guna laluan lain, turun pun akan guna
laluan sehala yang lain. Kau nak turun jangan salah jalan. Naik jalan lain,
turun pun jalan lain. Papan tanda banyak dan jelas. Jadi tidak mungkin salah
laluan, melainkan saja-saja nak buat keliru.
Pihak Kompeni Inggeris??
ReplyDelete