Pemandu kenderaan yang melalui Jalan
raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik di Perak dengan Jeli di Kelantan akan
mengalami suasana yang selesa. Keadaan jalan semakin elok dan selamat
berbanding sebelum ini.
Perjalanan kira-kira 125 Km itu
merentasi Banjaran Titiwangsa yang ‘membahagikan’ Semenanjung Malaysia kepada
timur dan barat memang menarik.
Memandu di puncak-puncak bukit memberi peluang
melihat pemandangan hutan menghijau saujana.
Namun satu lagi keistimewaan
dirasakan oleh pengguna Jalan raya Timur Barat ialah melalui kawasan Pulau
Banding atau Tasik Banding.
Tasik Banding yang wujud hasil pembinaan Empangan
Temenggor itu amat menarik dan menjadi ingatan setiap mereka yang melalui
kawasan itu. Tasik Banding terletak kira-kira 80Km dari Jeli dan hanya 40 Km
dari Gerik.
Empangan Temenggor adalah
sebuah empangan hidroelektrik utama di Gerik, Perak dibina di hulu Sungai
Perak. Ia terletak merentasi Sungai Perak lebih kurang 200 km ke timur laut Ipoh.
Empangan Temenggor pada awal pembinaanya adalah empangan atau
tasik buatan terbesar di Malaysia. Namun kini, Tasik Kenyir di Terengganu dan
Empangan Baku di Sarawak mengatasi keluasan Empangan Temenggor.
Pembinaan Empangan Temenggor menghasilkan sebuah tasik yang
besar dikenali Tasik Temenggor. Pulau di tengah-tengah tasik ini dikenali
sebagai Pulau Banding.
Namun di kalangan masyarakat umum mengenali kawasan
sekitar Pulau Banding dengan nama Tasik Banding, sedangkan nama sebenar ia
menjadi sebahagian kawasan Tasik Temenggor.
Empangan
ini seluas 152 km persegi dan mengandungi 6,050juta meter padu air meliputi
Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar.
Dipercayai
tasik yang terhasil akibat empangan ini menenggelamkan binaan kerajaan Melayu
purba yang berada di hutan Belum sejak beribu tahun dahulu.
Selain digunakan menjana kuasa elektrik, empangan itu berfungsi untuk membekalkan air untuk penduduk Perak. Satu lagi fungsi yang dipacu atau dimanfaatkan hasil terbentuknya Empangan Temenggor ialah eko-pelancongan dan perikanan darat.
Pembinaan Lebuhraya
Timur Barat bukan sahaja memudahkan pengguna dari pantai barat ke pantai timur
atau sebaliknya, tetapi juga menjadi faktor kepada pembangunan dua pekan di
penghujung negeri iaitu Gerik di Perak dan Jeli di Kelantan.
Tanpa kewujudan
lebuhraya tersebut, pembangunan kedua-dua pekan itu diyakini tidak serancak
sekarang.
Terdapat lima jambatan di sepanjang lebuh raya ini iaitu
Jambatan Sungai Rui (256 meter), Jambatan Tasik Temenggor (sebelah barat
sepanjang 880 meter), Jambatan Tasik Temenggor (sebelah timur sepanjang 640
meter), Jambatan Hulu Sungai Pergau sepanjang 159 meter dan Jambatan Hilir
Sungai Pergau sepanjang 158 meter.
Selain itu terdapat lima kawasan Rawat dan Rehat (R&R) di sepanjang lebuh raya iaitu di Perah (Gerik), Pulau Banding, Air Banun, Titiwangsa (1,050 meter di atas paras laut) dan Tasik Pergau.
Tidak jauh dari Tasik Banding iaitu di Kem Sri Banding, terletak satu dataran dikenali sebagai Dataran Juang milik Tentera Darat.
Selain itu terdapat lima kawasan Rawat dan Rehat (R&R) di sepanjang lebuh raya iaitu di Perah (Gerik), Pulau Banding, Air Banun, Titiwangsa (1,050 meter di atas paras laut) dan Tasik Pergau.
Tidak jauh dari Tasik Banding iaitu di Kem Sri Banding, terletak satu dataran dikenali sebagai Dataran Juang milik Tentera Darat.
Di dataran ini diabadikan nama-nama 116 anggota tentera yang terkorban
sepanjang konfrantasi dengan komunis antara tahun 1968 hingga 1989. Selain itu
dicatatkan juga keberanian beberapa anggota tentera yang tidak menghiraukan
keselamatan diri menentang komunis habis-habisan hingga gugur sebagai bunga
bangsa.
Mereka yang melalui lebuh raya ini juga perlu awas dengan kehadiran gajah liar, tambahan di waktu malam.
Mereka yang melalui lebuh raya ini juga perlu awas dengan kehadiran gajah liar, tambahan di waktu malam.
Jika terserempak
dengn kumpulan gajah ini biarkan saja mereka berlalu sebelum meneruskan
perjalanan. Jangan sekali-kali membunyikan hon kerana ini akan mengejutkan
gajah-gajah tersebut yang mengakibatkan mereka menyerang pemandu.
No comments:
Post a Comment