Friday 14 September 2018

KHIDMAT 769 PEGAWAI KOTRAK DITAMATKAN

Seramai 769 penjawat kontrak di Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia dipecat serentak oleh Kerajaan Malaysia Pakatan Harapan berkuat kuasa 15 Oktober 2018 dengan diberikan notis penamatan kontrak sebulan.

Pecahan pegawai yang terlibat ialah 527 orang pegawai Gred 22 - 32 dan 242 orang pegawai Gred 41 hingga 52. Mereka berkhidmat di seluruh negara, termasuk di ibu pejabat JASA.

Keputusan pembubaran JASA telah dimaklumkan pada 23 Mei 2018 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Bermula dari tempoh tersebut, pelbagai perbincangan diadakan bagi membela nasib pegawai yang bakal terlibat dengan perlaksanaan pembubaran tersebut. Ini termasuklah cadangan menyerap atau memindahkan mereka bertugas di jabatan atau agensi lain yang berada di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Namun, cadangan itu ditolak oleh pihak kerajaan.

Satu surat rasmi pemakluman penamatan kontrak semua pegawai yang terlibat dikeluarkan pada 6 September 2018 yang secara rasminya menamatkan penantian mengenai nasib pegawai yang terlibat. Kotrak pegawai terlibat sepatutnya tamat pada 31-12-2019, yakni kontrak selama dua tahun yang secara dasarnya akan disambungkan sehingga umur persaraan wajib pada usia 60 tahun.

Selain, pembubaran JASA, turut terlibat ialah beberapa agensi lain sepertimana yang dilaporkan oleh BERNAMA pada 23 Mei 2018.  

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa agensi dan institusi berkaitan kerajaan dibubarkan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Antara yang akan dibubarkan ialah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Majlis Profesor Negara (MPN), dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

"Kebanyakan institusi ini sebenarnya bukan sebahagian daripada kerajaan, yang sepatutnya memberi nasihat kepada kerajaan. Semua perkara ini akan dibubarkan.

"Kita tidak memerlukan kepintaran mereka, saya fikir kita pun ada kepintaran," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet di Perdana Putra, di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan memansuhkan agensi dan insitusi terbabit dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet tersebut yang memberi tumpuan kepada hutang negara yang mencecah RM1 trilion, dengan mengurangkan perbelanjaan dalam bajet kerajaan terdahulu. BERNAMA.

No comments:

Post a Comment