Gemas
merupakan sebuah bandar di Negeri Sembilan, yang berhampiran dengan
sempadan Negeri Sembilan-Johor. Nama Gemas cukup sinonim dengan kereta api.
Banyak
orang mengenali Gemas kerana ada kaitan dengan kereta api. Biarpun
bandar-bandar lain juga ada stesen kereta api, nama Gemas lebih terkenal dan
menjadi sebutan.
Stesen Kereta Api Gemas dibina pada tahun 1922 dan sejak itu stesen itu menjadi ‘nadi’ yang menghubungkan penduduk kawasan pedalaman Semenanjung Tanah Melayu khususnya di Pahang dan Kelantan.
Stesen
kereta api Gemas menjadi popular berkaitan dengan kereta api kerana di stesen
itulah ada persimpangan landasan yang memisahkan perjalanan dari selatan sama
ada ke utara tanah air atau ke pantai timur.
Sebelum
Keretapi Tanah Melayu (KTM) mengadakan tran ekspres terus dari Tumpat ke Johor
Bharu dan Tumpat ke Kuala Lumpur secara berasingan, tran ekspres dari Tumpat ke
kedua-dua destinasi itu asalnya satu.
Apabila
sampai di Gemas, barulah gerabak dipisahkan sama ada meneruskan perjalanan ke
Johor Bharu atau ke Kuala Lumpur. Penumpang selalu diingatkan agar berada di
gerabak yang betul agar tidak tersilap destinasi perjalanan. Namun, banyak juga penumpang yang bernasib
malang.
Pertukaran
itu mengambil masa menunggu sambungan daripada perjalanan tran lain. Kadangkala
masa menunggu di stesan Gemas mengambil masa beberapa jam lamanya.
Di
stesen Gemas juga keadaan kereta api diperiksa sebelum meneruskan perjalanan. Terdapat
depoh pemeriksaan dan penyeleggaraan kereta api. Di stesen Gemas juga terdapat tempat
khas untuk 'pusing' kepala kereta api.
Sebab
itu stesen kereta api Gemas menjadi terkenal dan mencatat kenangan kepada banyak
penumpang.
Sebenarnya,
pembangunan awal Gemas sendiri banyak disokong kerana adanya landasan dan
stesen kereta api yang menghubungkan dengan bandar-bandar lain.
Penduduk Gemas
boleh menggunakan perkhidmatan kereta api sama ada ingin ke bandar-bandar di
pantai timur, selatan, maupun utara.
Biarpun
telah terdapat banyak jaringan jalan raya yang menghubungkan Gemas ke
bandar-bandar lain, perkhidmatan kereta api masih lagi mendapat sambutan.
Selari dengan pembangunan pesat perkhidmatan rel, stesen kereta api lama telah dipindahkan operasinya pada tahun 2013 ke sebuah stesen kereta api baharu tidak jauh dari situ.
Pembinaan stesen baharu tepaksa dibuat memandangkan stesen lama tidak lagi sesuai terutama apabila adanya laluan berkembar dan penggunaan ETS, serta pertambahan penumpang yang memerlukan setesen yang lebih luas dan selesa.
No comments:
Post a Comment