Cuba
lihat gambar di atas. Adakah ia akar, isi atau batang ubi kayu? Ini persoalan
ditimbulkan di satu group Whatsapp. Apa pendapat atau jawapan anda?
Bahagian
pokok ubi kayu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu daun, batang dan
akar. Maka di mana ubinya? Ubi adalah sebahagian daripada akar. Akar itulah
yang menjadi ubinya. Akar yang menjadi ubi biasanya membesar di bahagian batang
paling bawah. Ada juga beberapa akar yang tidak membesar menjadi ubi.
Namun,
terdapat juga jenis ubi kayu yang akarnya lebih panjang. Jadi, ubi yang
terbentuk itu berada sedikit jauh dari batang. Bahkan dalam keadaan tanah
tertentu, akarnya lebih panjang dan membentuk ubi yang seakan-akan terpisah
dari batang sehingga ada yang tidak menyangka itu adalah ubi kayu.
Maka,
jawapan kepada soalan itu ialah isi ubi. Namun, perlu ditugaskan, sama ada ubi
itu sesuai dimakan atau tidak, bergantung pula kepda sama ada isi itu keras
atau lembut. Kebiasannya, ubi yang timbul di atas tanah akan cepat mengeras dan
tidak lagi sesuai untuk dimakan.
Ubi
kayu (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika
dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama
karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran.
Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda, singkong (Indonesia) dan cassava (bahasa Inggeris). Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.
Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda, singkong (Indonesia) dan cassava (bahasa Inggeris). Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment