Monday 5 November 2018

TIDAK MAMPU BELI KASUT SEKOLAH


Sama ada kasut sekolah putih atau hitam, yang penting kasut yang dipakai pelajar beada dalam keadaan baik dan selesa. Masih terdapat kes pelajar memakai kasut sekolah koyak yang sepatutnya tidak sesuai lagi dipakai.

Tentu sekali pelajar itu bukan sengaja terus mahu memakai kasut koyak dan lusuh, tetapi terpaksa disebabkan ibu bapa tidak mampu membeli kasut baru untuknya.

Pihak sekolah perlu proaktif membantu pelajar yang tidak berkemampuan. Bantuan boleh disalurkan melalui PIBG ataupun peruntukan khas Kementerian Pelajaran.

Sebenarnya tidak ramai pelajar atau ibu bapa tidak mampu membeli kasut sekolah baru. Jadi, peruntukan tidak besar sangat dan tidak membebankan kerajaan.

Tidak perlu diadakan majlis penyampaian sumbangan kasut baru pada awal persekolahan, tetapi perhatikan mana-mana pelajar yang masih memakai kasut yang terlalu buruk dan tidak sesuai lagi dipakai, berikan bantuan kasut baru kepada mereka. Perkara ini perlu dilakukan sepanjang tahun dan bukan hanya pada awal persekolahan.  

No comments:

Post a Comment