Sunday 4 November 2018

CARA PILIH UNFRIEND KAWAN DI FACEBOOK.


Kawan di Facebook tentu ramai. Jumlah maksima dibenarkan FB ialah 5000 orang. Namun, secara jujur kita terpaksa mengakui ramai kawan yang sebenarnya kita tidak kenal. Kita terima mereka apa ada permohonan ingin jadi kawan. Mengapa mereka ingin menjadi kawan kita pun tidak tahu.

Bila sudah jadi rakan, rasa 'sayang' juga walaupun tidak pernah bertegur sapa. Hendak di'undfriend' tidak tahu nak pilih.

Kalau tidak di'unfriend', bermakna tidak boleh untuk terima kawan baru. Sukar juga untuk unfriend, Ada yang memilih unfriend kawan yang jarang 'bertegur sapa' dengan mereka. Ada juga yang memilih tidak berkawan dengan rakan yang berlainan politik atau mempunyai sikap yang tidak menyenangkan.

Bagi ambo, tidak sukar untuk memilih menekan tidak berkawan dengan rakan di Facebook. Apa yang penting ialah istiqamah atau berdisiplin untuk melakukan tugas tekan bukan unfriend itu.

Cara ambo, setiap hari akan mengikuti rakan di pemberitahuan hari lahir. Ambo akan klip dan melihat wall mereka untuk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran. Pada masa itu, ambo akan tahu status akaun tersebut. Ada rakan yang sebenarnya telah tidak aktif beberapa tahun tanpa sebarang posting.

Malah kita akan melihat semula ucapan hari ulang tahun kita tahun lepas di muka hadapan. Jadi, apa susah, unfriend lah. Boleh terima kawan baru lain, jika ada permintaan untuk menjadi rakan dari orang lain.

Bahkan kita juga dapat tahu ada rakan sebenarnya sudah meninggal dunia. Biasanya kita dapat tahu apabila ada rakan lain yang menulis status di wall rakan itu.

Dengan cara itu juga kita dapat mengetahui ada rakan yang sebenarnya mempunyai dua atau lebih akaun. Jadi, unfriend akaun sehingga tinggal satu sahaja.

Maka, tidak sukarkan untuk memilih rakan untuk ditekan butang unfriend atau tidak berkawan.

Cara yang ambo guna itu adalah manual. Ada cara lain yang mudah dengan menggunakan aplikasi khas. Cara itu anda boleh cari sendiri.

No comments:

Post a Comment