Sunday 4 November 2018

PUTU HALBA BARE DALAM KAIN

Penjenamaan atau meletak nama yang unik adalah cara untuk menarik perhatian pelanggan. Biarpun barang sama, namun jika namanya berbeza dan menarik, akan ramai yang ingin mengetahuinya.

Cuba anda fikirkan tentang 'kuih bare (barang) dalam kain'. Bunyinya macam ada unsur seks. Lebih-lebih lagi jika dikaitkan dengan sedap pada musim hujan.

Tentu ramai berminat ingin tahu. Sekarang ini bukan susah nak cari maklumat. Layari sahaja internet dan cari sahaja kuih bare dalam kain.

Kuih bare dalam kain sudah lama terkenal di Kelantan dengan nama putu halba. Mengapa dijenamakan sebagai kuih bare dalam kain?

Sebabnya, untuk memasak putu halba ia dimasukkan di dalam kain dan diwapkan sehingga masak. Jadi, tepatlah jika dikatakan kuih bare dalam kain.

Jangan berfikiran lucah atau seks sangat tau.... jom makan kuih bare dalam kain.


No comments:

Post a Comment