Thursday 22 November 2018

MINORITI INDIA HINDU DITINDAS?

Benarkah minoriti kaum India beragama Hindu di Malaysia ditindas pada era pemerintahan Barisan Nasional (BN) seperti dibangkitkan Menteri Perpaduan, Senator P. Waytha Moorthy?

Apakah justifikasi dakwaan P Waytha Moorthy itu? Adakah penganut agama Hindu ditegah mengamalkan agama mereka? Adakah kes 'kuil' Hindu diarahkan dirobohkan dijadikan alasan mereka ditindas?

Setakat ini, kuil Hindu yang paling banyak mendominasi meskipun populasi orang India berada pada tangga ketiga, hanya tujuh peratus sahaja. 

Ia mewakili hanya dua juta daripada keseluruhan 32 juta rakyat Malaysia. Itupun tidak semua Hindu, hanya 82 peratus. Baki etnik India lain ada yang beragama Islam iaitu empat peratus dan Kristian (enam peratus). 

Persoalannya, kenapa kuil mendominasi rumah ibarat lain, menenggelamkan rumah ibadat agama majoriti, Islam (61 peratus) dan orang Cina Buddha (20 peratus). Ini tidak termasuk agama Kristian dengan gereja mereka. 

Pendek kata, setelah congak dicampur tolak, jumlah keseluruhan rumah ibadat di seluruh negara adalah, hanya ada 30,000 buah masjid/surau untuk orang Islam dan hampir 500,000 rumah ibadat milik bukan Islam. 

Peliknya, ia malahan dijuarai oleh kuil Hindu yang berjumlah hampir 300,000 buah sama ada bersaiz kecil atau besar dengan hanya jumlah penganutnya pula tidak sampai dua juta orang. 

Keadilan apakah yang telah diberikan oleh Kerajaan Malaysia? Keadilan yang sangat tidak ada tolok bandingnya. Batu Caves adalah kawasan tanah pelancongan, tetapi seolah-olah sudah menjadi hak sepenuhnya penganut Hindu. 

Lebih dahsyat lagi kebanyakan kuil Hindu berada di tanah awam atau tanah kerajaan yang diwartakan sekian lama, dan bukannya atas tanah milik individu persendirian tertentu. 

Lihatlah betapa baiknya pihak Kerajaan Malaysia. Meskipun kuil-kuil itu jelas berada di tanah kerajaan, yang ‘dikacau’ bagi laluan pembangunan teramat sedikit, selebihnya semua diberikan. 

Lebih serius lagi banyak jalan yang lurus terpaksa diubah pula menjadi bengkok sehingga membahayakan nyawa pengguna kenderaan. Bangunan yang sepatutnya luas menjadi sempit kerana kuil itu. 

Jadi, apakah bentuk tolak ansur yang kita mahukan? Yang jelas kita terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak secara halus dan beransur-ansur. Masih tidak faham? 

Tersangat sedih dengar apabila satu kuil mahu dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan, isu itu menjadi tular dan heboh satu dunia, seolah-olah Malaysia konon mendiskriminasikan penganut Hindu. 

Sedangkan kita sudah beri tersangat lebih dan terlebih daripada mencukupi. Kenapa apabila diambil satu, sudahlah diganti semula dengan lokasi lebih baik, masih lagi mereka tidak berpuas hati? 

Pernahkah umat Islam bising dan kecoh apabila masjid atau surau perlu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan?

Banyak masjid dan surau dirobohkan. Orang Islam tidak bising, asalkan digantikan dengan yang baru. Yang baru itu tentu sekali lebih selesa. Tempat ibadah yang selesa dan selamat sangat penting.

Pembinaan tempat ibadah perlu ikut keperluan dan bukan 'aci letak, terus jadi'. Buatlah sebanyak mana rumah ibadah jika benar-benar diperlukan untuk menampung jumlah penganut yang ramai.

Islam tidak pernah melarang atau menyekat kebebasan agama. Malah, Islam menekankan betapa pentingnya orang Islam tidak mencaci sembahan penganut agama lain, termasuk rumah ibadat mereka.

Namun, tidak pula bermakna penganut agama lain boleh melakukan sesuka hati sehingga mengganggu kehormonian penganut agama lain.   

No comments:

Post a Comment