Monday 10 December 2018

WANITA PERLU MAHIR MEMANDU

Bilangan wanita memiliki lesen memandu kereta memang ramai. Namun, ramai juga yang sekadar memiliki lesen memandu kereta, tetapi tidak memandu kereta. Mengapa?

Pertama, mereka tidak yakin untuk memandu kereta, terutama di jalan yang sibuk.

Kedua, memang ke mana-mana pun suami yang memandu kereta. Jadi, mereka hanya duduk sebelah.

Ketiga, peluang tidak ada kerana sibuk mengurus rumah tangga dan kereta digunakan oleh suami.

Jadi, sebab itu tidak ramai wanita memandu kereta biarpun ada lesen memandu kereta.

Sepatutnya, alang-alang sudah memiliki lesen memandu kereta, cubalah terus mengekalkan kemahiran yang telah diiktiraf oleh Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) itu. Kalau tidak selalu memandu pun, teruslah agar kemahiran memandu berada di tahap yang membolehkan memandu kereta.

Sebenarnya amat penting wanita dapat memandu kereta. Pertamanya ketika berlaku kecemasan. Mereka tidak perlu mengharapkan bantuan orang lain untuk menguruskan kecemasan itu seperti menghantar ahli keluarga ke hospital dan sebagainya.

Keduanya, dalam pemanduan jauh, jika suami atau pemandu lain keletihan atau mengantuk, bolehlah wanita mengambil alih mamandu untuk sampai di satu tempat yang lebih selamat untuk berehat.

Ketiganya, ketika ketiadaan suami, mereka boleh pergi atau bergerak dengan mudah untuk memenuhi keperluan harian seperti pergi ke pasar, menghantar dan mengambil anak sekolah dan sebagainya.

Jadi, terus kekalkan kemahiran memandu kereta kerana ia satu keperluan.  

No comments:

Post a Comment