Sunday 9 December 2018

SENI SILAT WARISAN BANGSA

Silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang menjadi warisan bangsa Melayu dan Nusantara yang telah wujud sejak zaman berzaman lamanya.

Pencak, buah pukul dan seni tempur wujud dalam silat merupakan seni mempertahankan diri yang berasal daripada orang Melayu dan telah wujud ribuan tahun lamanya.

Perkembangan silat dan inovasi pergerakan yang dilakukan oleh para pengamalnya, terdapat lebih 8,000 jenis silat di seluruh kepulauan Melayu meliputi Indonesia, Brunei dan Singapura termasuk Malaysia.

Bagaimanapun asal usulnya belum dapat dipastikan bagaimana silat itu wujud dan siapa yang menciptanya dengan ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun diperturunkan dari generasi ke generasi.

Berdasarkan pemerhatian dan kajian, yang ada hanyalah warisan setiap jenis silat yang mempunyai sejarah tersendiri namun tiada susur galur khusus dapat menjejak asal usul kewujudan silat.

Silat turut melalui proses inovasi apabila setiap penuntut mengembangkannya hingga wujud beberapa pergerakan baharu selain jumlah pertubuhan silat semakin bertambah dan penuntutnya pula meningkat saban tahun.

Memang tepat jika silat dikenali dengan nama seni silat. Setiap seni mempunyai perkembangan atau inovasi kerana seni itu sendiri sentiasa hidup dan berkembang.

Namun, sebanyak banyak pun seni silat mengalami perubahan, ia tetap tidak terkeluar dari akar budi dan konsep amalan dalam budaya di Nusantara.

Seni silat ini bukan sahaja mengajar ahlinya bagaimana mempertahankan diri tetapi juga untuk membina satu masyarakat yang mempunyai ketahanan dalaman jati diri, displin, pembentukan sahsiah yang tinggi.

Sekarang ini seni silat bukan sahaja terkenal di Nusantara, bahkan kini turut mendapat tempat di seluruh dunia, termasuk di Barat apabila seni silat turut dijadikan sukan di peringkat antarabangsa.

No comments:

Post a Comment