Thursday 21 February 2019

PERTANDINGAN TARIK TALI ACARA PALING MENDAPAT SAMBUTAN

Pertandingan tarik tali biasanya menjadi kemuncak acara sukaneka atau program berbentuk santai.

Pertandingan melibatkan dua regu, dengan 5 atau lebih peserta. Dua regu bertanding dari dua sisi berlawanan dan semua peserta memegang erat seutas tali. .

Di tengah-tengah terdapat garisan, yang turut ditanda pada tadi dengan ikatan reben. Di setiap bahagian tali regu juga akan ditandakan dengan reben.

Masing-masing regu berupaya menarik tali sekuat mungkin agar tanda reben regu yang berlawanan melepasi garis tengah. Regu yang tanda rebennya melepasi garis tengah dikira kalah.

Pertandingan akan dibuat dua 'set' apabila pasukan bertukar tempat. Jika seri, pertandingan penentuan akan diteruskan di set ketiga.  

Taktik permainan terletak pada penempatan pemain, kekuatan tarik dan pertahanan tumpuan kaki di tanah. Pada umumnya pemain dengan kekuatan paling kuat ditempatkan di hujung tali, untuk menahan hujung tali ketika bertahan atau menghentak pada saat penarikan.

Memandangkan biasanya pertandingan ini diadakan secara adhoc, pemilihan regu juga ikut tangkap cukup. Mereka berpakaian ikut apa yang ada. Malah, pakaian itu sebenarnya agak tidak sesuai untuk ikut tarik tali. Namun, demi semangat untuk memeriahkan majlis, mereka turut serta.

Disebabkan tiada persiapan dari segi fizikal, ramai yang sekadar ikut tarik sahaja sengan sekuat tenaga. Akibatnya, ramai yang rebah dan terseret.

Memang meriah dan menghiburkan acara tarik tali. Namun, yang parahnya apabila rasa sakit seluruh badan dan ada yang deman disebabkan urat-urat badan sakit apabila ketika bangun tidur pagi keesokkannya.

No comments:

Post a Comment