Wednesday 6 February 2019

RANCANG PERNIAGAAN MEMUDAHKAN PENUHI PERMINTAAN

Berniaga mesti ada perancangan dan sasaran. Perancangan masa hadapan adalah salah satu perancangan yang penting dalam menentukan permintaan.

Terdapat produk yang tidak boleh disediakan tergesa-gesa. Jadi, penawaran perlu dibuat awal bagi memastikan produk dapat disediakan apabila permintaan sebenar berlaku.

Ambil contoh untuk menyediakan lembut korban semasa sambutan Aidiladha. Kita tahu lembu bukan boleh dibeli di tepi jalan seperti membeli ayam. Lainlah jika anda berada di Kota Belud, Sabah apabila berkunjung ke Pasar Tamu. Lembu dan kerbau di sana dijual seperti ayam dan itik yang boleh dibeli terus. Itupun bukan dalam kuntiti yang banyak.

Untuk menyediakan lembu korban ada yang perlu diimport dari luar negara. Kalau di Kelantan, sudah tentu lembu dari Thailand. Ada juga lembu dari Kemboja. Semua proses itu tidak boleh dibuat dalam tempoh sehari dua.

Justeru, perancangan awal perlu dilakukan. Ada pengusaha lembu korban yang sudah menawarkan lembu seawal lapan bulan sebelum Hari Raya Korban. Ini dikira satu perancangan untuk memudahkan proses selanjutnya.

Tawaran itu dibuat melalui media sosial. Mungkin ada dua sebab. Pertama untuk memudahkan pelanggan segera membuat tempahan. Kedua, sebagai satu makluman untuk membina 'jenama' dan 'nama baik' di pasaran. Mudah nanti orang mengenalinya dan menghubungi apabila perlu, walaupun bukan untuk tujuan korban.

Ingatan kepada peniaga, membuat perancangan dan sasaran itu penting untuk mencapai kejayaan.

No comments:

Post a Comment