Wednesday 6 February 2019

CAMPAK DIRI DALAM KEBINASAAN


Agama Islam sebagai agama sejahtera sangat menghargai nyawa serta kehidupan dan mementingkan kesihatan, keafiatan, kecergasan dan kekuatan, dan kesemuanya itu bagi tujuan yang satu iaitu untuk beribadat kepada Allah SWT. 

Kerana itu Islam melarang umatnya daripada memudaratkan diri mereka sendiri, apatah lagi membunuh diri sendiri. Larangan ini banyak disebutkan dalam ayat-ayat al-Quran antaranya firman  Allah bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (atau membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu.” (Surah an-Nisa 29) 

Firman Allah lagi: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke dalam bahaya kebinasaan.” (Surah al-Baqarah: 195)

Dalam hadis Rasulullah juga jelas melarang umatnya daripada membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Sabda Baginda bermaksud: “Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh berbuat kemudaratan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Ayat al-Quran dan hadis ini jelas melarang manusia memudaratkan dirinya sendiri dan juga orang lain. Kerana seseorang manusia itu tidaklah memiliki dirinya sendiri sehingga dia boleh sesuka hati melakukan apa sahaja yang dikehendakinya.

No comments:

Post a Comment