Wednesday 20 February 2019

JUAL BELI DI SHOPEE CARA MUDAH URUSNAGA ATAS TALIAN


Menjual dan membeli secara online atau atas talian semakin menjadi pilihan. Banyak kelebihan berurusan secara online. Kebiasannya, penjual akan memasarkan produk mereka melalui laman sosial, blog dan laman web.

Kini, pemasaran lebih mudah dilakukan apabila ada syarikat yang menyediakan 'market place' untuk penjual dan pembeli 'bertemu' secara maya.

Antara market place yang terkenal sekarang ialah Shopee. Shopee sebenarnya sebuah syarikat mobile market place yang berasal dari Singapura. Dia merupakan spinoff company by Garena iaitu sebuah internet platform provider di Singapura.

Pembeli dan penjual perlu terlebih dahulu mempunyai akaun di Shopee sebelum berurusan. Bukan susah hendak bukan akaun Shopee. Semuanya percuma dan mudah. Untuk menjual dan membeli menggunakan akaun yang sama.

Urusan jual beli di Shopee amat mudah. Tiada bezanya dengan platform market place lain, melainkan beberapa ciri tertentu. Banyak pilihan produk yang ditawarkan daripada beribu-ribu penjual. Pembeli dapat membuat pembandingan harga dengan mudah.

Membeli di Shopee mengurangkan kemungkinan anda ditipu. Ini kerana bayaran yang dibuat tidak terus kepada penjual. Sebaliknya ia akan 'disimpan' di Shopee. Setelah barang diterima oleh pembeli dan disahkan oleh pembeli, baru wang itu dipindahkan kepada penjual.

Bagaimanapun, jika pembeli tidak sahkan penerimaan barang dalam jangkamasa tertentu, bayaran tetap akan dipindahkan kepada penjual.

Pembeli juga boleh membuat pembatalan pembelian dengan syarat yang ditetapkan.

Untuk mengetahui lanjut mengenai kelebihan berurusniaga di Shopee, elak daftar akaun dahulu. Alami pengalaman menjual dan membeli yang mengujakan.

No comments:

Post a Comment