Kelapa tacunan (Cocos
nucifera) merupakan varieti kelapa yang popular ditanam
di Filipina sebagai satu varieti kelapa renek berhasil tinggi.
Kelapa tacunan adalah varieti kelapa yang cepat berbuah di mana tandan pertama lazimnya mencecah tanah. Ia boleh berhasil dalam masa kurang 2 tahun jika kawasan sesuai dan dijaga baik.
Kelapa varieti
tacunan ini merupakan varieti kelapa terbaik digunakan untuk menghasilkan
produk makanan berasaskan kelapa.
Ia sesuai diproses untuk menghasilkan pelbagai produk dari produk
berasaskan isi kelapa dan air kelapa serta penghasilan minyak kelapa dan gula
dari kelapa.
Kelapa tacunan disyorkan penanamannya kerana ciri asas
seperti saiz buah yang besar, kandungan berat isi yang baik, kandungan
air yang banyak dan berkualiti, ketebalan isi serta kepadatannya (firmness).
Selain itu, tacunan menjadi pilihan kerana kualiti airnya dan
juga khasiat kesihatan yang ada padanya.
Kelapa tacunan merupakan varieti yang popular ditanam di
negara Indonesia dan Filipina, dua negara pengeluar utama kelapa di Asia Tenggara
kerana ia memberikan nilai ekonomi kepada petani.
Kajian mengenai jumlah isipadu air dalam kelapa tacunan
adalah purata sebanyak 238 ml sebiji. Ini amat sesuai untuk dijadikan industri
air kelapa dan cconut shake (boleh dapat 2-3 gelas!).
Apa yang istimewa mengenai kelapa tacunan ini juga mengenai
kandungan dan tahap kemanisan airnya dengan bacaan 8.9%TSS (Total soluble
sugar) iaitu agak manis.
Berat tempurung yang dikira sebanyak 212 gram sebiji dan
memberikan berat isi segar sebiji kelapa memberikan purata 460 gram. Kajian
sterusnya mendapati ketebalan isi kelapa adalah sekitar 10.7mm.
Analisa dilakukan terhadap kelapa tacunan mendapati berat kopra
yang dihasilkan sebanyak 247 gram sebiji dengan hasilkan kandungan minyak
sebanyak 53ml. Purata berat buah kelapa muda untuk kegunaan air minuman
pula adalah sekitar 3,837gram yang mana ia mempunyai air dan sabut basah yang
besar.
Kelapa dikenali pokok serba guna. Seluruh bahagian pokok
tersebut dapat dimanfaatkan. Dari akar sehingga pucuknya ada kegunaannya.
Justeru, pokok kelapa ditanam di seluruh kawasan di negara kita. Namun begitu,
Malaysia bukan negara pengeluar utama kelapa.
Di Asia Tenggara, mendahulu carta pengeluar kelapa ialah
Indonesia, diikuti Filipina dan tempat ketika Malaysia.
No comments:
Post a Comment