Thursday 11 April 2019

KEBAIKAN KHASIAT BUAH HAWTHORN BERRY


Buah hawthorn berry telah lama mendapat perhatian untuk dijadikan produk atau sumber untuk rawatan penyakit berkaitan jantung dan kesihatan saluran darah.

Pengambilan hawthorn dapat membantu pengaliran darah yang lebih baik dan sekaligus membantu fungsi jantung, terutama kadar denyutan yang lebih stabil.

Hawthorn juga berkesan bertindak sebagai anti oksida yang mampu untuk menyekat serangan radikal bebas yang banyak terdapat akibat pencemaran alam sekitar sehingga membawa kepada tercemarnya sumber makanan dan minuman.

Mereka yang mengalami kesakitan pada dada disarankan mengamalkan pengambilan hawthorn yang mampu mengatasi kesan kadar kesakitan yang dialami. Ini kerana keadaan perjalanan darah yang lancar dan teratur.

Kesan ini kebaikan atau manfaat hawthorn ialah mencegah kolesterol tinggi dan penuaan sebelum tiba masa. Ia jaga mampu mencegah penyakit insomnia.

Dengan kata lain, kebaikan khasiat hawthorn adalah berkaitan dengan pengaliran darah yang lebih baik dan mengatasi penyakit yang berkaitan dengannya. Maka, antara penyakit yang dapat dihindari ialah penyakit lumpuh yang biasanya dikaitkan dengan masalah tekanan darah tinggi.

Selain itu, manfaat hawthorn yang lain ialah menguatkan daya tahan tubuh dan juga melancarkan sistem pencernaan.

No comments:

Post a Comment