Thursday 11 April 2019

KHASIAT KULIT KAYU PAIN

Kulit kayu pain atau pine bark kaya dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan. Ekstrak kulit kayu pain atau pine bark extract, juga dikenali sebagai ‘pygenol’ telah digunakan secara meluas di Eropah dan Amerika sebagai makanan tambahan untuk tekanan darah tinggi.

Ia berkesan sebagai anti-oksida yang menyediakan perlindungan sel daripada radikal bebas yang berbahaya, sekali gus mencegah penyakit ‘degenerative’ yang berkaitan dengan kerosakan radikal bebas. Ia membantu meningkatkan stamina dan daya tahan.

"The bioflavonoids" di ekstrak kulit kayu pain menghalang pembekuan darah, dan melindungi sel-sel "endothelial", dengan itu menenangkan dinding arteri dan membolehkan perjalanan darah melaluinya dengan mudah.

Antara faedah tambahan ekstrak pine bark termasuklah meningkatkan ketahanan kapilari, menggalakkan aliran darah, memperbaiki peredaran mikro dan mengurangkan sistolik dan diastolik.

Pine Bark mengandungi lebih daripada 40 jenis asid organik.

Antara bahan-bahan aktif dalam ekstrak Pine Bark dikenali sebagai proanthocyanidins (OPCs) adalah sebatian yang paling aktif dalam ekstrak kulit kayu pain (Pygenol), yang mengandungi anti-oksida 20 kali lebih berkuasa daripada vitamin C dan 50 lebih berkuasa daripada vitamin E.

Pygenol juga bertindak sebagai anti penuaan yang membantu mengekalkan kulit yang sihat dan anjal. Pygenol membantu dengan meningkatkan keanjalan arteri, urat dan kapilari.

Ekstrak kulit kayu pain digunakan untuk merawat pelbagai penyakit alahan, asma, masalah peredaran darah untuk mencegah strok dan penyakit jantung. Ia juga digunakan untuk melambatkan proses penuaan dan meningkatkan daya tahan.

No comments:

Post a Comment