Bagi menampung bekalan air
untuk penduduk jajahan Kota Bharu, satu loji rawatan air kini dalam pembinaan di
Kampung Telok, Panji.
Loji yang menggunakan teknologi ozon ini
dijangka siap dan mula beroperasi pada akhir Disember 2019 dengan penghasilan
sebanyak 30 juta liter sehari.
Penghasilan air dari Loji Rawatan Air Kampung
Telok itu nanti dapat membantu menampung pengeluaran dan penyaluran bekalan air
terawat dari Loji Rawatan Air Chica, Kubang Krian.
Kerajaan Kelantan berusaha meningkatkan penghasilan air terawat untuk
penduduk sehingga 600 juta liter sehari bagi seluruh Kelantan. Pun begitu, jumlah
itu hanya memenuhi keperluan kira-kira 70 peratus keperluan sebenar.
No comments:
Post a Comment