Friday, 19 April 2019

RAWAT AIR GUNA TEKNOLOGI OZON


Penggunaan teknologi ozon untuk merawat air lebih selamat kerana kaedah itu tidak menggunakan bahan kimia. Kaedah teknologi ozon sesuai digunakan terutama jika sumber air yang ingin dirawat menggunakan sumber air bawah tanah.

Dengan penggunaan teknologi ozon, ia secara tidak langsung dapat menjimatkan sehingga 80 peratus kos operasi selain kualiti air bawah tanah juga mencapai standard air minuman dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ozon adalah molekul gas asli yang mudah larut dalam air dan tidak beracun. Ozon terdapat di lapisan luar dari atmosfera dan berfungsi sebagai benteng atau penghalang radiasi ultra violet sinar matahari yang dapat menyebabkan penyakit kansert kulit.

Di permukaan bumi, ozon dikenali dengan aroma segar antiseptik yang muncul akibat guruh. Ozon menghasilkan perasaan santai menghirup udara segar dan bersih di sekitar air terjun dan di pantai yang berombak.

Ozon adalah molekul gas yang terdiri 3 atom oksigen dan mempunyai rumus kimia O3. Molekul ozon bersifat tidak stabil dan akan selalu berusaha mencari ‘sasaran’ untuk dapat melepaskan satu atom oksigen dengan cara oksidasi, sehingga dapat berubah menjadi molekul oksigen yang stabil (O2).

Sifat oksidan yang sangat kuat, maka ozon sangat unggul untuk disinfeksi (membunuh kuman), detoksifikasi (menetralkan zat beracun) dan deodorisasi (menghilangkan bau tidak enak) dalam air dan udara.

Dalam hal disinfeksi / sterilisasi air, teknologi ozon paling unggul dan sangat efektif. Ozon dapat menghancurkan kuman, bakteri, virus, kulat, lumut dan zat organik lainnya.

Selain itu, juga dapat menetralisir zat organik / mineral yang berlebihan / beracun. Penggunaan ozon tidak menghasilkan zat sisa yang membahayakan kesihatan. Bahkan sebaliknya, akan menambahkan kadar olsigen dalam air sehingga lebih segar dan sihat.

Selain itu, teknologi ozon juga digunakan untuk meningkatkan kualiti air tasik dan sungai yang tercemar. Penggunaan teknologi ozon juga boleh menghilangkan masalah bau tidak menyenangkan di dalam rumah, kenderaan dan sebagainya.

Usaha untuk merawat ikan di dalam akuarium dan membersihkan kolam renang juga kini beralih kepada penggunaan teknologi ozon. Spa morden menggunakan ozon untuk menjernihkan dan membunuh kuman.

Aplikasi teknologi ozon turut digunakan dalam industri penyembelihan haiwan ternakan dan proses pengawetan buah dan sayur. Daging, buah dan sayuran tersebut disimpan dalam udara yang berozon dan dicuci dengan menggunakan air berozon untuk mengurangi kesan zat-zat beracun seperti pestisida / herbisida, untuk meningkatkan penampilan, kesegaran dan untuk memperlambat pembusukan.

No comments:

Post a Comment