Wednesday 1 May 2019

EX HARINGGAROO LATIHAN HARIMAU KANGGAROO


Pertama kali diadakan pada tahun 1977, kini (2019) Eksesais Haringgaroo telah memasuki siri ke 70. Eksesais Haringgaroo merupakan kerjasama bilateral antara Malaysia dan Australia, melalui Malaysian-Australian Joint Defence Program (MAJDP).

Format latihan Eksesais Haringgaroo dilaksanakan dalam 2 fasa, iaitu latihan silang (cross training) dan latihan medan (FTX - field training exercise).

Sebelum dikenali Eksesais Haringgaroo (harimau-kanggaroo), latihan ini dikenali sebagai Ex Scorpion. 

Eksesais Haringgaroo atau lebih dikenali Ex Haringgaroo adalah sebahagian daripada latihan ketenteraan 5 buah negara telah diadakan di rantau Asia Tenggara. Lima buah negara itu adalah Malaysia, Singapura, Thailand, Australia dan New Zealand.

Latihan ketenteraan ini adalah hasil dari Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan program pertahanan bersama MAJDP sejak 1992.

Objektif Ex antara lainnya adalah untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Australia dalam usaha mengekalkan keamanan di rantau Asia.

Fasa latihan sama ada melibatkan Operasi Melawan Insurgensi (peperangan di hutan) atau Perang Terbuka.

Selain melibatkan pasukan tetap, Eksesais Haringgaroo juga memberi peluang kepada pasukan simpanan Tentera Darat Malaysia menjalani latihan yang dianggap berskala besar serta melibatkan banyak aspek latihan yang boleh dipelajari oleh anggota simpanan.

No comments:

Post a Comment