Sunday 28 April 2019

CONTOH TERBAIK SJKC YUK TZE TUMPAT

Perpaduan kaum subur di Kelantan. Berlainan agama dan bangsa tidak memisahkan mereka dalam kehidupan seharian. Perasaan kasih sayang dan saling menghormati menjadi teras kepada hubungan dalam masyarakat.

Gambar di atas adalah majlis sembahyang hajat sempena siapnya pembinaan dewan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Tze, Tumpat.

Bangunan tambahan ini dibina dengan bantuan kerajaan Pusat pada zaman pemerintahan BN dan sumbangan orang ramai.

Bermula dari permulaan perletakan batu asas sehingga bangunan ini siap, semua kaum bersatu untuk menyiapkannya. Derma dan sumbangan dibuat oleh semua kaum.

Untuk melancarkan proses pembinaan, semua agama melakukan kaedah masing-masing untuk memohon kepada Yang Maha Esa agar ia berjalan lancar dan selamat dari sebarang bala.

Ketika penganut sesuatu agama melakukan amalan mereka, penganut agama lain turut hadir. Mereka saling menghormati dan tidak sekali-kali timbul perasaan prejudis terhadap amalan agama lain.

Semoga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Tze dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga cemerlang sahsiah diri sebagai warganegara yang menghormati Rukun Negara.

No comments:

Post a Comment