Monday 20 May 2019

AKIBAT SOMBONG TIDAK HARGAI MAKANAN


Satu tabiat buruk masyarakat kita hari ini ialah sombong pada makanan. Kita tidak hargai makanan. Kita anggap makanan boleh diperlakukan apa sahaja. Sebenarnya apa yang kita lakukan itu tanda tidak menghargai dan bersyukur dengan rezeki.

Kita lihatlah bagaimana gaya makan di kedai, sengaja atau tidak, selalunya meninggalkan sisa makanan yang masih elok dan banyak untuk dibuang. Apa salahnya makan makanan itu sampai habis.

Cuba lihat kalau makan di kenduri kahwin, majlis berbuka puasa di masjid dan makan buffet di hotel.

Sudah menjadi tabiat kita yang tamak, ambil dalam kuantiti yang banyak,  tak peduli orang belakang yang belum makan namun tak habis makan pun. Sungguh menyedihkan. Tidakkah kita fikir, apa yang orang lain fikir tentang kita?

Tidakkah kita malu pada makanan, rezeki yang Allah sediakan depan mata kita?

Adakah disebabkan makanan itu percuma, kita biarkan anak-anak kecil kita makan sendiri dan tak mampu habiskan sedang kita hanya melihat tanpa rasa berdosa?

Makan roti buang kulit, makan cuma secubit dua dan tinggal untuk dibuang. Ambil kuih yang banyak, namun makan hanya secubit dua.

Betapa sombong nya kita! Pada rezeki kita sendiri. Cuba tengok semula bagaimana corak anda sekeluarga makan?

Jangan kita remahkan soal makan ini. Allah murka kepada mereka yang membazir kerana itu sikap syaitan. Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat atau rezeki yang Allah kurniakan, maka pada masa akan datang, Allah akan menariknya kembali.

No comments:

Post a Comment