Tuesday 21 May 2019

PENGAKUAN IKHLAS BAPA MITHALI

Seorang bapa termangu-mangu apabila ditanya petua mendidik anak anaknya hingga semuanya berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang dan dia telah dianugerahkan anugerah Bapa Mithali hasil kejayaannya mendidik anak anaknya itu.

Setelah beberapa ketika dengan perasaan terbaru beliau bersuara, "Pak Cik tidak layak menerima anugerah ini kerana segala kejayaan anak anak Pak Cik adalah atas usaha guru guru...Pak Cik tak sekolah....tak pandai ajar apa apa hal sekolah kepada anak anak ....Pak Cik hanya sediakan makan pakai, tempat berteduh....duit poket. Selebihnya tengok dia baca buku, doa dan solat hajat". Begitu tulus pengakuan Pak Cik tersebut dengan tertib susunan ayatnya.

Seterusnya beliau menambah, "Pak Cik juga tidak ajar hukum hakam agama yang sepatutnya seperti mandi hadas, halal-haram, makruh-sunat, Rukun Iman-Rukun Islam, solat, baca Quran, semuanya sekolah yang ajar kerana Pak Cik tak pandai". Kelihatan kolam air matanya mula bergenang...dan suaranya terhenti seketika....

Setelah perasaannya tenang beliau menambah, "Pak Cik amat bersyukur kerana anak-anak semuanya berjaya kerana ajaran guru-guru dan Pak Cik rasa malu kerana solat jenazah untuk Pak Cikpun sekolah yang ajar pada anak anak...terima kasih kepada guru guru dan pensyarah universiti yang lebih layak dipuji kerana kejayaan mereka mendidik anak pak cik....."

Begitulah pengakuan ikhlas seorang ayah yang wajar diambil iktibar. Tuan tuan dan puan puan sekalian, guru hanyalah insan biasa yang mendepani pelbagai karenah anak anak yang berdiri di hadapannya. Saban hari dia berdoa demi kejayaan anak anak didiknya. Kadangkala guru guru juga dipengaruhi emosi luar kawalan dek tingkahlaku pelajar yang sukar dibendung...

No comments:

Post a Comment