Cabaran dan godaan terbesar untuk kanak-kanak
semasa berpuasa ialah apabila melihat kanak-kanak lain atau adik makan dengan berselera.
Paling menyiksakan jika mereka tidak berpeluang
untuk menjauhkan diri dari godaan itu. Contohnya ketika dalam penerbangan apabila
adiknya dengan penuh berselera makan di harapan abang yang sedang berpuasa.
Kalau berada bersebelahan, bukan sahaja
dapat melihat makanan, bahkan dapat menghidu makanan dengan penuh aroma. Mata boleh
ditutup atau memandang ke arah lain, tetapi takkan nak tutup hidung untuk mengelak
bau yang menggoda.
Paling mencabar pula kalau adik makan dengan
gaya menyelerakan dan berbunyi. Dan cabaran yang pasti sukar ditolak apabila si
adik menghulurkan makanan untuk si abang.
Tahniah kepada si abang yang berjaya 'mempertahankan'
puasanya sepanjang dalam penerbangan.
Tahniah
ReplyDelete