Dahulu lain, sekarang lain. Itu
semestinya. Apa yang telah berlalu adalah kenangan. Apa yang berlaku dahulu,
mungkin tidak lagi akan berulang sekarang ini.
Perubahan zaman menyebabkan berbeza
keadaan. Kita hanya boleh bercerita kepada genarasi muda sekarang tanpa boleh
membawa kembali apa yang pernah kita lalui dahulu.
Salah satu fenomina yang berlaku
setiap kali sambutan perayaan adalah wujudnya satu 'permainan' yang dinamakan
'nikam' atau 'tikam'. Ia dianggap permainan, biarpun sebenarnya 'mini' perjudian.
Orang dahulu, tidak menganggapnya satu
perjudian, sebaliknya lebih kepada permainan. Permainan ini dianggap sebagai
penyeri musim perayaan.
Permainan ini menjadi penghatian
kanak-kanak yang dapat duit raya. Ibu bapa tidak marah, bahkan ada yang turut
bermain.
Permainannya mudah. Ada satu papan
(kertas tebal dan keras) yang digamkan dengan lipatan kertas yang mengandungi
nombor atau gambar (lihat gambar).
Pemain perlu membayar 5 sen atau 10
sen untuk berpeluang mencabut satu kertas atau tiket (dalam keadaan berlipat) yang
ditampalkan atau digamkan pada papan itu.
Mereka akan mendapat nombor atau gambar,
yang kemudian akan dipadamkan dengan nombor atau gambar yang terpampang di atas.
Nombor atau gambar itu akan menentukan hadiah akan dimenangi.
Sebenarnya itulah konsep judi, tetapi pada
masa itu dianggap sebagai permainan. Permainan ini wujud pada era 70an dan 80an.
Walaupun permainan, kerana ada eleman judi,
penipuan tidak dapat dielak. Pemilik papan akan mencabut sendiri tiket untuk menunjukkan
sudah ramai membelinya, sedangkan hadiah belum ada orang menang. Tiket yang tidak menang akan ditampal semula di tempatnya.
Jadi, ramai yang akan terpengaruh kerana yakin tiket yang belum dicabut itu memberi peluang untuk mereka menang.
Jadi, ramai yang akan terpengaruh kerana yakin tiket yang belum dicabut itu memberi peluang untuk mereka menang.
Ada juga gambar hadiah yang diadakan, tetapi
sebenarnya tidak ada hadiah sepadam dengan tiket yang disediakan.
Sesungguhnya, judi tidak pernah ada yang
dijalankan secara telus. Penganjur yang mendapat untung, sedangkan yang bermain
kadang-kadang untung, tetapi banyaknya yang rugi.
Betul tu..sungguh menghiburkan
ReplyDelete